Insan & Komuniti 17 Feb, 2021

Cinta abadi 70 tahun Derek, Margaret Flitch! Genggam tangan sebelum meninggal selang 3 hari!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Gambar yang menyentuh jiwa apabila Derek dan Margaret Flitch mengenggam erat tangan apabila ditemukan. - Kredit foto: MEN.

SELAMA 70 tahun hidup bersama sepasang warga emas, Derek dan Margaret Flitch, kedua-duanya berusia 91 tahun yang dijangkiti Covid-19, disatukan seketika bagi membolehkan kedua-duanya berpegang tangan sebelum berpIsah buat selama-lamanya.

Menurut laporan Manchester Evening News (MEN), Derek meninggal pada 31 Januari 2021, manakala Margaret meninggal tiga hari kemudian.

Beberapa hari sebelum meninggal dunia, pihak berkuasa Hospital Trafford, England menggunakan budi bicara dengan membenarkan anggota keluarga terdekat untuk menziarah kedua-duanya.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan England:

https://kitareporters.com/search?search=England


Pasangan Derek dan Margaret mengabadikan kenangan pada 29 September 2017. - Kredit foto: MEN

Sebelum ini, Margaret dirawat di Hospital Traffod, sementara Derek dirawat di Hospital Wythenshawe. Kemudian disatukan di hospital yang sama. 

Foto terakhir pasangan yang telah 70 tahun hidup sebagai suami isteri itu cukup menyentuh perasaan.

Pasangan suami isteri ini menjalin hubungan sebagai sahabat ketika berusia 14 tahun, menikah pada Mei 1950 dan tinggal di bandar kecil Partington, England. Pasangan ini mempunyai lima anak, 11 cucu dan 4 cicit. 

Walaupun tidak hidup mewah, namun suami isteri ini menjalani hidup bahagia hingga ke hujung dunia.

Ketika hidup mereka sentiasa bersama .

Kisah percintaan abadi ini patut dijadikan cerita inspirasi bagi pasangan suami isteri masa kini yang semakin ramai gagal mempertahankan perkahwinan hingga ke hujung hayat. - KitaReporters



5
0
0
0
0
You will be interested