Insan & Komuniti 04 Feb, 2021

Terima kasih ADUN Sabri, Abd Halim! Sumbang makanan, minuman kepada barisan hadapan di Setiu

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this


TUGASAN anggota polis dan tentera yang melaksanakan Sekatan Jalan Raya (SJR) di empat lokasi daerah Setiu dan petugas Hospital Setiu demi keselamatan orang awam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 mendapat perhatian pelbagai pihak.

Ini termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Langkap, Datuk Sabri Mohd Noor dan ADUN kawasan Permaisuri, Datuk Abd Halim Jusoh.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Sabri Mohd Noor

SABRI Mohd Nor (baju putih) menyampaikan makanan KFC kepada Afandi di IPD Setiu pada 30 Januari 2021.


ADUN Kawasan Langkap, Sabri Mohd Nor menyantuni barisan terbabit dengan memberi sumbangan 200 pek makanan KFC dan air minuman kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Setiu dan Hospital Setiu pada 30 Januari 2021. 

Sabri yang juga Ketua UMNO Bahagian Setiu menyerahkan 70 pek makanan KFC itu kepada Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin di IPD Setiu.


SABRI menyampaikan makanan KFC kepada wakil Pengarah Hospital Setiu pada 30 Januari 2021


Di Hospital Setiu pula, beliau mengagihkan sebanyak 130 pek makanan KFC serta air minuman kepada wakil Pengarah Hospital Setiu, Dr. Abdullah Ali.


SABRI melihat makanan sebelum diserahkan kepada wakil Pengarah Hospital Setiu.


Sebelum itu, pada 29 Januari 2021 lalu, ADUN Kawasan Permaisuri, Abd Halim Jusoh juga memberi sumbangan nasi serta air minuman kepada petugas barisan hadapan di dua jabatan terbabit.

Selain memberi sumbangan tersebut, Abd Halim meluangkan masa untuk beramah mesra dengan anggota petugas yang mengadakan SJR Kampung Fikri, Setiu pada hari tersebut. 

Selain Kampung Fikri, tiga lagi lokasi SJR yang diadakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sepanjang PKP di daerah Setiu melibatkan di Sungai Tong, Kampung Bintang dan Merang.



ABD Halim Jusoh (baju biru) menyerahkan makanan kepada Afandi di IPD Setiu pada 29 Januari 2021.


Sementara itu, Sabri berkata, sumbangan yang diagihkan itu sebagai menghargai anggota keselamatan serta kakitangan hospital yang sentiasa menjalankan tugasan mereka tidak mengira masa dan situasi ketika ini. 

Menurutnya, pihaknya juga mengkagumi terhadap tugasan mereka itu yang tidak pernah mengenal erti kepenatan serta kebosanan.


ABD Halim sedang beramah mesra dengan anggota polis di SJR Kampung Fikri, Setiu.


``Kita mendoakan semoga anggota keselamatan dan petugas barisan hadapan yang lain itu berada dalam keadaan selamat dan mereka juga sentiasa dilindungi Allah. 

``Anggota barisan hadapan terbabit diberi kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan oleh kerajaan untuk keselamatan negara,’’ katanya. - KitaReporters


 

1
0
0
0
0
You will be interested