Insan & Komuniti 26 Mar, 2021

Video| Nenek berkostum badut cari wang sampai lewat malam! Sara suami yang lumpuh di rumah!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Nenek yang memakai kostum badut bersama cucunya sanggup menunggu hingga larut malam mencari rezeki daripada simpati orang ramai di pinggir jalan hadapan Indomart, Banjarbaru, Kalimantan Selatan, Indonesia. - Kredit foto: Video TikTok @yuhdimakeup.


USAHA mencari wang sebagai sumber perbelanjaan harian sudah semakin sukar dan memeningkan dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar akhir-akhir ini. Malahan ada dalam kalangan kita sanggup melakukan apa sahaja yang sesuai bagi membolehkan sebagai perbelanjaan harian.

Seorang nenek sanggup mencari rezeki berupa wang perbelanjaan harian dengan mengenakan pakaian kostum badut semata-mata untuk manrik simpati orang ramai bagi memberi sumbangan wang kepadanya untuk dijadikan belanja harian.

Malahan nenek tersebut yang ditemani seorang cucu lelakinya sanggup mencari nafkah hingga lewat malam disebabkan suaminya tidak lagi boleh bekerja kerana lumpuh.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan mencari rezeki:

https://kitareporters.com/search?search=cari+rezeki


Video| Pikacu jual belon harga seikhlas hati! Raih simpati pembeli, orang ramai beri sumbangan


Kisah mengenai nenek berkostum badut ini untuk mencari wang bagi perbelanjaan dimuat naik melalui sebuah video aplikasi TikTok akaun @yuhdimakeup.

Kejadian ini yang berlaku di pinggir jalan berhadapan sebuah pasar mini di Banjarbaru, Kalimantan Selatan (KalSel) diceritakan oleh seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai Maryani atau lebih mesra dengan panggilan Yani, lapor Tribunnews.com pada Rabu 24 Mac 2021. 

Yani menceritakan waktu itu kira-kira jam 10.00 malam waktu tempatan beliau bersama seorang rakan dengan menaiki kenderaan sedang mengagihkan pembahagian nasi bungkus kepada individu yang memerlukan.

Biasanya beliau dan rakannya melakukan serahan nasi bungkus berkenaan selesai awal tetapi pada malam itu agak lewat sedikit. Sebaik sahaja melalui hadapan kedai Indomart sebelum Masjid Agung, Banjarbaru secara tidak sengaja terlihat ada ada badut bersama seorang kanak-kanak.

Sebelum itu, dari jauh  beliau dan rakannya melihat seorang kanak-kanak memicit belakang badut berkenaan.

Sebaik sahaja sampai berhampiran tempat badut itu duduk, Yani terus memberhentikan kereta yang mereka naiki dan menemui badut tersebut di samping membawa beberapa kotak nasi bungkus untuk diberikan kepadanya.

Sebaik sahaja pakaian kostum badut itu dibuka Yani dan rakannya terkejut. Sebenarnya seorang nenek yang memakai kostum berkenaan dan sanggup berada di situ hingga lewat malam semata-mata untuk mencari wang belanja harian.


Lindungilah nenek dan cucunya sentiasa ya Allah kerana berjuang mencari nafkah hingga lewat malam.



Menurutnya,nenek yang tidak diketahui namanya itu terpaksa melakukan kerja berkenaan dengan memakai kostum seorang badut dalam usaha menarik simpati dan perhatian orang ramai menghulurkan wang kepadanya.

Yani menjelaskan, nenek tersebut terpaksa mencari nafkah disebabkan suaminya sudah tidak mampu bekerja kerana lumpuh dan dia ditemani seorang cucu lelakinya yang setia.  

"Pada awalnya kami tidak menyangka langsung individu yang memakai kostum badut itu seorang nenek kerana masa ditemui sudah agak lewat malam," ujarnya.

Selain bungkusan nasi, kedua-dua rakan berkenaan turut menyumbangkan sedikit wang kepada nenek tersebut. Beliau dan cucunya gembira dengan pemberian nasi bungkus dan wang itu.

Malahan Yani bersama rakannya begitu terharu kerana nenek dan cucu lelakinya sanggup menunggu hingga lewat malam untuk mencari nafkah sehariannya.

" Ya Allah, rasanya menangis hati ini bila melihat nenek dan cucunya itu. Ternyata bila didekati keduanya berjuang mencari nafkah sanggup hingga sampai lewat malam," katanya.

Nenek bersama cucu setianya itu mencari nafkah dengan memakai kostum badut setiap hari bermula jam 6.00 petang hingga malam tanpa tentu waktunya.


Maryani bersama seorang rakannya mengagihkan bungkusan nasi kepada nenek dan cucunya yang mereka temui sedang mencari rezeki hingga lewat malam di hadapan Indomart di Banjarbaru.


Sementara itu,Merdeka.com melaporkan pada Khamis, 25 Mac 2021, nenek yang memakai kostum badut mencari wang tanpa kenal penat lelah hingga larut malam menjadi viral secara mendadak.

Rupanya nenek berkenaan tidak sendirian sebaliknya dia ditemani seorang kanak-kanak lelaki yang juga merupakan cucunya.

Siapa sangka di sebalik kostum badut itu ialah seorang nenek yang gigih mencari nafkah sanggup menunggu hingga larut malam.

Yani juga sempat mengandaikan kanak-kanak yang ikut bersama nenek tersebut adalah anak kandungnya, tetapi ternyata bukan dan setelah ditanyakan kanak-kanak yang memicit badannya sebelum ini ialah cucunya.

Beliau turut terharu dengan perjuangan nenek untuk mencari nafkah hingga sanggup memakai kostum badut dan menunggu hingga larut malam semata-mata memperolehi rezeki sesuap nasi hasil belas ihsan orang ramai.

Bahkan setelah bersembang dengan lebih lanjut, Yani menyatakan rasa kagum dengan nenek tersebut kerana dia juga menyara suaminya yang sedang sakit. 

"Suami nenek tu lumpuh di rumah, jadi dia tidak lagi boleh bekerja,kerana itulah nenek yang terpaksa bekerja mencari nafkah," ujar Yani sebagaimana dilaporkan oleh Merdeka.com. - KitaReporters


0
1
0
0
1
You will be interested