Insan & Komuniti 12 Sep, 2020

Tua-tua pun bodoh! Roy Azman sindir diri tak ikut peraturan!

@mohamad fadhil mohd daud (allahyarham)
Memulakan kerjaya dalam bidang kewartawanan di Mysuara.net sebuah Unit Komunikasi Yayasan Kepimpinan dan Strategi Malaysia (YKSM). Kini merupakan Wartawan dan Penulis di agensi media KITA Reporters.

Share this

"DAH tua-tua pun bodoh!" Begitulah kalimat yang dikeluarkan oleh pelakon dan duta produk terkenal Roy Azman terhadap dirinya sendiri apabila keretanya kena kapit (clamped) oleh pihak berkuasa di sebatang jalan kerana kesalahan meletakkan kereta di tempat larangan. : KitaReporters

Sikap profesional Roy yang tidak memaki hamun pihak berkuasa


Apa yang melucukan keretanya diletakkan (diparkirkan) sebaris dengan papan tanda kawasan merah (red zone) kapit kereta dan perbuatan itu diselangi gelak tawa yang terbahak-bahak. 

Biasanya keadaan sebegitu bakal dihujani dengan makian dan carutan kepada pihak berkuasa yang bertugas, tetapi ini sebaliknya. Roy Azman atau nama sebenarnya Zairosminan Abdul Rahman, 50, bagaimanapun menyindir dirinya yang sudah tua dan nyanyok berikutan perbuatannya yang melanggar peraturan yang ditetapkan.

Rakaman spontan berdurasi 14 saat itu telah dirakam oleh rakan seindustrinya Didie Alias iaitu pelakon dan duta produk terkenal yang juga mungkin ketika itu dalam pertemuan luar yang diadakan.

Roy yang terkenal dengan lakonan watak antagonis turut menasihatkan dan memberi peringatan sisi bahawa perbuatan menyalahi undang-indang jalan raya adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dibuat.


Kereta yang dikapit oleh pihak berkuasa di sebatang jalan


Bagaimanapun tinjauan dalam ruangan komen rata-ratanya memuji tindakan pelakon itu yang berjaya mengawal dirinya walaupun berhadapan dengan masalah.

Video yang dirakam spontan rakan seindustrinya Didie Alias


Sikap positifnya akur dengan kesalahan yang dilakukan menggambarkan dia adalah seorang yang profesional dan "legend".

"Ulang 10 kali.. 10 kali juga gelak, Adoi kelakar. Dah tua pon bodoh, hahaha.

"Ini baru betul kalau dah salah sendiri boleh gelak lagi. Kalau org lain dah siap mengamuk abang Roy sempoi je boleh gelak-gelak", respons netizen terhibur 


Respons netizen dalam laman sosial


Justeru jadikanlah apa yang dipaparkan itu sebagai suatu tauladan dan nasihat kepada khalayak agar tidak menyalahi undang-undang jalan raya jika sendiri melakukan kesalahan. 

Di samping hiburan gelak tawa yang dijadikan selingan sisi yang telah ditonjolkan. - KitaReporters

40
4
2
13
2
You will be interested