Kisah Insan 17 Apr, 2021

Tolong kami! Bantu kami bina surau baharu! Penduduk Kundasang Lama, pelajar pondok rayu bantuan

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Penduduk kampung dan pengurusan PBH capai kata sepakat untuk membina surau baharu.


TERLETAK berhampiran kaki Gunung Kinabalu yang berhawa sejuk penduduk Kampung Kundasang Lama, Ranau, Sabah kini mengimpikan sebuah surau baharu yang lengkap dengan pelbagai kemudahan asas menggantikan surau lama yang dibina lebih enam tahun lalu.

Surau itu yang dibina daripada bahan terpakai yang  turut menempatkan asrama dan bilik air pelajar Pondok Bidayatul Hidayah (PBH) di bahagian bawahnya kini semakin uzur dan memerlukan sebuah bangunan surau baharu yang lebih selamat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Sabah



Mudir PBH, Mohamad Faizee Wahidin, berkata penduduk di kampung itu dan pelajar pondok berkongsi menggunakan surau lama berkenaan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti dan mengikuti kelas pengajian agama sejak sekian lama.

Menurutnya, menyedari keadaan itu, pihak pengurusan PBH dan penduduk kampung menerusi beberapa siri perbincangan mencapai kata sepakat untuk sama-sama berikhtiar mencari dana bagi membina bangunan surau yang baharu.


Pemandangan cantik Kampung Kundasang Lama turut menarik perhatian pelancong luar.


Beliau berkata, langkah itu perlu dilakukan berikutan semakin ramai penduduk berpindah dan membina rumah di kampung berkenaan selain PBH menjangkakan pelajar pondok akan meningkat pada tahun akan datang.

Katanya, apabila memiliki surau baharu yang lengkap dengan kemudahan asas, ia secara tidak langsung menjadi daya tarikan sampingan kepada pelawat yang mengunjungi pusat pelancongan Gunung Kinabalu untuk singgah bagi menunaikan ibadat solat dan sebagainya.


Kerja-kerja meratakan tanah sudah dimulakan secara berperingkat-peringkat sejak tahun lalu.


“Sehubungan dengan itu, kempen mencari dana sudah dilancarkan awal Mac (2021) lalu bagi menampung kos pembinaan yang dijangka membabitkan perbelanjaan RM800,000 di atas tanah 0.25 ekar dengan anggaran keluasan binaan 2,400 kaki persegi.

 “Apabila siap nanti bukan sahaja penduduk kampung dapat menggunakannya juga pelajar PBH akan menjadikan surau ini tempat pengajian agama selain latihan untuk menyebar dan mengajar ilmu agama sebagai salah satu cabang dakwah,” katanya.


Kerja meratakan tanah tapak cadangan membina surau baharu itu akan memberi gambaran kepada mereka yang ingin menghulurkan sumbangan.


Mohamad Faizee antara ahli jawatankuasa pembinaan surau itu berkata, kerja meratakan tanah dan pembersihan sebahagian kawasan terbabit dengan tapak pembinaan surau itu sudah dilakukan secara berperingkat-peringkat mulai 2020 yang diharapkan dapat memberi gambaran kepada mereka yang ingin menyumbangkan dana.

Menurut beliau, sebahagian kawasan tanah lagi yang subur dan berhampiran lereng Gunung Kinabalu masih digunakan penduduk untuk menanam pelbagai sayuran sebagai sumber pendapatan keluarga selepas diusahakan sejak bertahun-tahun lalu.


Sebahagian kawasan tanah untuk dijadikan tapak surau masih diusahakan dengan tanaman sayur-sayuran oleh penduduk kampung.


Katanya, ahli jawatankuasa berharap dapat mengumpul separuh daripada dana yang diperlukan itu dalam masa terdekat bagi memastikan kerja-kerja asas pembinaan surau berkenaan dapat dilaksanakan sebagaimana dirancangkan.

“Walaupun pada peringkat awal peruntukkan yang diperlukan tidaklah terlalu tinggi, namun apabila perincian dilakukan semula kosnya meningkat di luar jangkaan apabila membabitkan pelbagai keperluan bahan binaan kerana semakin mahal harganya.


Bentuk gambaran surau baharu yang akan dibina di Kampung Kundasang Lama.


“Kami berharap surau baharu ini dapat disiapkan dengan sempurna selain akan membuat permohonan dengan pihak berkuasa agama bagi mendapat kebenaran untuk membolehkan digunakan menunaikan solat Jumaat,” katanya.

Untuk maklumat lanjut kepada orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Mohamad Faizee Wahidin  menerusi nombor telefon 013-8723209 atau Nur Fahmi Mustafa (017-8901794)

Sumbangan wang tunai boleh disalurkan terus ke akaun CIMB Bank bernombor 8603179003 (Bidayatul Hidayah). - KitaReporters


You will be interested

Video| Dibuang kerja! Dani nekad bawa isteri, 2 anak balik kampung! Jalan kaki beratus kilometer!

Dani dibuang kerja sebuah kilang di Gombong, Jawa Tengah. Nekad bawa isteri dan 2 anak pulang ke kampungnya di Jalan Jalak Harupat, Soreang, Bandung, Jawa Barat

AJK Tionghoa KRT Jalan Kenanga, Dungun santuni masyarakat Islam! Turut kongsi kebaikan Ramadan!

KRT Jalan Kenanga, Dungun yang semua AJK kaum Tionghoa turut dekati komuniti Islam untuk program agihan barangan keperluan dan juadah bersahur sempena Ramadan
Mohammad Ishak in Kisah Insan 1 hour ago

Program Agihan Sumbangan Ramadan KRT Kasturisari! Bantu 28 keluarga rai Aidilfitri dalam PKP!

KRT Kasturisari Presint 14, Bandar Sungai Buaya, Hulu Selangor bantu 28 keluarga dalam komuniti yang terkesan kerana PKP untuk terima bantuan barangan keperluan
Rosdi Ismail in Kisah Insan 2 hours ago

Kausar Kasih gembirakan hati warga emas! Kausar Wealth hulurkan sumbangan sempena Aidilfitri!

30 perunding pewarisan harta Islam dari Kausar Wealth Management kongsi rezeki dengan warga emas di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia dan Pusat Jagaan Nur Hasanah
Rosdi Ismail in Kisah Insan 3 hours ago

Video| Mutoharoh lontar wang kertas berjumlah Rp100j dari balkoni! Duit raya untuk para pekerja

Mutoharoh, usahawan beg tangan wanita, lontar duit kertas berjumlah Rp100 juta dari balkoni banglonya di Pakis, Malang sebagai bonus hari raya bagi pekerjanya
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 12 hours ago