Akibat cemburu buta, fikiran tidak dapat dikawal hingga melakukan tindakan sadis yang membawa kepada hukuman penjara.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan cemburu:
https://kitareporters.com/search?search=cemburu
Seorang suami bernama Mesut Ozturkmen, 45, cemburu buta dengan isterinya Anna Butim, 28, sehingga sanggup melakukan tindakan kejam.
Dia sanggup menoreh muka isterinya dengan pisau setelah mengetahui isteri bercakap dengan seorang kawan lelaki.
Walaupun sudah tidak tinggal bersama sejak lima bulan dahulu dan si isteri sedang dalam proses menuntut cerai, Mesut masih mempunyai perasaan terhadap isterinya.
Mesut dilaporkan pergi mencari isterinya, Anna Butim, setelah dia melihat dalam Instagram rakaman isterinya bervideo dan bersembang mesra dengan seorang lelaki di sebuah kompleks beli belah.
Wajah lelaki yang dicemburui Mesut. - Kredit foto: IG #annabutim
Anna sempat memuat naik sejumlah gambar yang mengggerikan dalam IG-nya dan akhirnya menjadi tular.
Anna dalam proses menuntut cerai ketika serangan dilaku oleh suaminya. - Kredit foto: IG # annabutin
Sehari setelah kejadian itu, Mesut ditangkap dengan tuduhan cuba membunuh isterinya.
Ketika disoal siasat, lelaki ini mengakui dia melakukan serangan kerana tidak dapat mengawal perasaan setelah melihat isterinya berbual mesra dengan lelaki lain.
Kredit foto: kadinasiddetesessizkalma1
Dalam laporannya, Mesut mengakui menyerang isterinya dengan pisau alat tulis yang dibawa di dalam poketnya.
Sementara dalam pengakuan Anna, kedua-duanya sudah tidak serumah sejak lima bulan lalu dan dalam masa proses perceraian.
Jika didapati bersaIah, Mesut bakal dipenjara selama bertahun-tahun berdasarkan undang-undang di Turki. - KitaReporters