Insan & Komuniti 15 Oct, 2020

2 adik meninggal Covid-19! Dilip-Saira tak sambut aniversari

@ahmad abd hamid
Served as a journalist for a year at Berita Harian and for 33 years at Utusan Melayu (M) Bhd. beginning 1980. Last post was Assistant Editor in Chief Utusan Melayu. Also served as Editor in Chief, Magazines. Retired in 2013.

Share this

SETIAP tahun pada 11 Oktober pasangan bintang ternama Bollywood, Dilip Kumar, 97, dan Saira Banu, 76, meraikan ulang tahun hari perkahwinan mereka. Inilah amalan yang mereka lakukan sebagai mengingati detik bersejarah dalam kehidupan mereka. Namun, tahun 2020 ini berbeza. : KitaReporters

SAIRA Banu dan Dilip Kumar kini meniti usia tua. - Kredit foto: India Today.


Lagi cerita-cerita berkaitan Bollywood:

https://kitareporters.com/tag/Bollywood


Dilip Kumar atau nama sebenarnya Yusof Khan, menikahi Saira Banu, antara artis paling jelita di Bollywood, pada 11 Oktober 1966. Sejak itu setiap tahun mereka meraikan majlis ulang tahun perkahwinan. 

Tetapi tahun ini mereka tidak melakukannya lantaran dilanda kesedihan. Dua orang adik Dilip Kumar, Ehsan Khan, 90, dan Aslam Khan, 88, meninggal dunia dalam jarak waktu dekat disebabkan Covid-19 baru-baru ini.

Memetik laporan Pinkvilla, tahun ini adalah ulang tahun ke 54 perkahwinan Dilip dan Saira. Bagi mereka tarikh 11 Oktober akan sentiasa diingati sebagai tarikh bersejarah mereka disatukan sebagai suami isteri.

Dari kiri ASLAM, Ehsan, Dilip Kumar dan Saira Banu. - Kredit foto: Ahmedabad Mirror.


Namun tahun ini Saira telah pun memaklumkan kepada peminat  melalui Twitter bahawa tiada sambutan ulang tahun mereka mendirikan mahligai bahgia.

Menurutnya, walau pun sambutan ulang tahun perkahwinan itu amat bermakna buat dia dan Dilip serta diraikan setiap tahun, kesedihan kerana kehilangan dua ahli keluarga akibat Covid-19 sangat mendalam.  

Ehsan Khan dan Aslam Khan disahkan positif Covid-19 beberapa minggu lalu dan dimasukkan ke Hospital Lilavati, Mumbai.  Tidak lama kemudian Aslam Khan meninggal dunia, diikuti Ehsan Khan. Namun Dilip belum dimaklumkan mengenai kematian adik-adiknya kerana bimbang dengan keadaan kesihatannya.

Dalam catatan Twitternya, Saira juga mengingatkan peminat dan orang ramai supaya menjaga diri dan tidak sampai terdedah kepada jangkitan Covid-19. Baginya wabak tersebut telah banyak mengorbankan jiwa dan menyebabkan kesedihan kepada banyak keluarga.

KEJELITAAN Saia Banu terserlah di zaman kegemilangannya sebagai bintang Bollywood. - Kredit foto: Pinterest.


DILIP KUMAR atau Yusuf Khan kacak ketika usia muda. - Kredit foto: The Fearless Indian 


Pasangan Dilip Kumar-Saira Banu dianggap sebagai pasangan ideal dan dihormati dalam dunia perfileman Bollywood. Kejelitaan Saira Banu bukan sahaja memukau peminat, malah menambat hati ramai pelakon lain.

Namun akhirnya Dilip Kumar yang menjadi pilihan. Ketika pernikahan mereka, Dilip sudah berusia 43 tahun sementara Saira Banu baru berusia 23 tahun. Jurang perbezaan umur mereka ialah 20 tahun.

Namun itu tidak menghalang kebahagiaan rumah tangga mereka. Bagi Saira Banu bertemu jodoh dengan Dilip adalah sesuatu yang sangat berharga dalam hidupnya. Dilip adalah pelakon pujaannya dan berkahwin dengannya dianggap satu anugerah.

DILIP KUMAR dan Saira Banu bersama-sama membintangi filem 'Gopi' keluaran 1970. - Kredit foto: Cinestaan.


Dilip Kumar adalah antara bintang popular Bollywood. Pada zaman kegemilangannya beliau membintangi filem-filem box office seperti Ram Aur Sham, Leader, Kranti, Azaad, Shabnam, Ganga Jumna, Aadmi, Dastaan, Duniya, Hulchul, Mazdoor dan banyak lagi.

Saira Banu, aktres jelita yang menjadi rebutan pengarah, juga membintangi banyak filem box office seperti Junglee, Jhuk Gaaya Aasman, Purab Aur Paschim, Ayee Milan Ki Bela, Padosan, Aadmi Aur Insaan, Shagird, Zameer, Victoria 203, Rehsam Ki Dori, Diwana dan banyak lagi.

Saira juga berpasangan dengan suaminya dalam beberapa buah filem seperti Bairaag, Gopi, Duniya, Sagina.

FILEM 'Junglee' keluaran 1961 memperkenalkan Saira Banu ke layar perak berpasangan dengan Shammi Kampoor. - Kredit foto: allmovie.com


Sepanjang kerjayanya dari 1944 hingga 1998, Dilip telah menerima Anugerah Filmfare sebanyak lapan kali bagi kategori Pelakon Lelaki Terbaik. Ini adalah satu rekod kejayaan bagi mana-mana bintang Bollywood.

Selain itu beliau  juga menerima anugerah Dadasaheb Phalke pada 1994. Anugerah ini merupakan anugerah tertinggi dalam industri filem India dan disampaikan setiap tahun pada Majlis Anugerah Filem Kebangsaan.

Anugerah ini Ia diasaskan pada 1969 sempena nama Dadasaheb Palke, seorang produser, penulis skrip dan pengarah yang dianggap sebagai ‘Bapa Filem India’.  

Saira Banu pula pertama kali diperkenalkan di layar perak pada 1961 ketika berusia 16 tahun. Beliau membintangi Junglee berpasangan dengan pelakon yang sudah mencipta nama ketika itu, Shammi Kapoor.

Filem Junglee mencapai kejayaan besar dan sekali gus menjulang nama Saira Banu. Sejak itu beliau tidak menoleh ke belakang. Kareir seninya terus bersinar dan menjadikannya antara bintang unggul Bollywood sepanjang karier aktifnya dari 1961 hingga 1976. - KitaReporters

4
0
4
0
0
You will be interested