Insan & Komuniti 15 Oct, 2020

Disangka mati! Warga emas dipetisejukbekukan selama 20 jam!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

KERANA disangkakan telah meninggal dunia, seorang warga emas lelaki dari Salem, Tamil Nadu dimasukkan ke dalam peti sejuk beku (freezer) oleh ahli keluarganya sendiri. Bukannya dalam tempoh sekejap tetapi dalam masa 20 jam. Alamak lamanya… tak sejuk ke? Nasib baik masih hidup!! : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan India:

https://kitareporters.com/search?search=india


Memetik laporan Timesnownews.com, Balasubramaniya Kumar berusia 73 tahun, yang tinggal bersama adiknya, Saravanan dan beberapa lagi ahli keluarga yang lain, dikatakan sering berulang alik ke hospital berikutan keadaan kesihatan yang semakin menurun.

Namun mungkin disebabkan tersalah sangka, Saravanan dan ahli keluarga lain menyangka abangnya telah meninggal dunia dan menghubungi syarikat peti sejuk beku di bandar Kandampatty supaya menghantar kotak untuk menyimpan mayat abangnya

Balasubramaniya kemudian diletakkan dalam peti sejuk beku itu selama 20 jam.

Alamak lamanya!!!



Namun pada keesokan harinya sebelum proses pembakaran mayat berlangsung, seorang daripada pekerja syarikat peti sejuk beku itu datang ke rumah berkenaan untuk mengambil semula kotak peti sejuk beku berkenaan.

Namun alangkah terkejut selepas melihat lelaki berkenaan yang disangkakan mayat itu bergerak dan berlaku beberapa gerakan di dalam peti sejuk beku berkenaan.

WARGA emas yang bersuai 73 tahun dibawa ke hospital selepas dimasukkan ke dalam peti sejuk beku selama 20 jam. - Kredit foto Timesnownews.com


Alahai mesti pasti kecut perut ni… ye la tiba-tiba mayat boleh bergerak pulak!

Pekerja berkenaan yang terkejut dengan keadaan yang berlaku terus menghubungi pihak polis dan ambulans untuk membuat pemeriksaan lanjut.

'Mayat' berkenaan kemudian dibawa ke hospital dan doktor yang membuat pemeriksaan mengesahkan Balasubramaniya masih hidup dan berada dalam keadaan stabil.


Alahai… inilah padahnya tidak tidak mendapat maklumat yang pasti.

Semoga kejadian berkenaan memberi pengajaran kepada semua mengenai kesahihan maklumat yang diterima. Tak pasal-pasal pulak orang yang dihidup disangka mayat!

Lebih menyedihkan diletakkan pula ke dalam kotak peti sejuk beku tersebut.. nasib baik masih hidup lagi. Jika tidak masalah lain pula akan timbul. : KitaReporters

2
1
1
0
2
You will be interested