Insan & Komuniti 03 May, 2021

Video| Bersedekah cara Willie Salim! Borong juadah buka puasa! Kemudian berikan secara percuma!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this


DALAM bulan Ramadan ramai yang melakukan jualan makanan atau kuih muih untuk berbuka. Namun jualan tidak sentiasa laris, malah ada ketikanya ia merugikan. Jika hari hujan sudah pasti jualan terbatas. Jualan boleh terjejas jika di suatu tempat itu terdapat ramai yang berniaga.

Malah jualan juga kurang laris jika berjualan di tempat tidak strategik. Di samping itu kemampuan kewangan orang ramai ketika pandemik Covid-19 turut menjejas jualan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan berbuka puasa

Wilie Salim memberi juadah berbuka puasa kepada penunggang motor dengan membeli keseluruhan juadah daripada seorang penjual jalanan (kiri).


Namun seorang peniaga di Jakarta (tidak dinyatakan namanya) mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka pada Selasa, 27 April 2021.

Ketika jam sudah lebih jam 5 petang waktu setempat, barangan kuih muih untuk berbuka puasa (dipanggil takjil di Indonesia) masih banyak belum terjual. Dia berjualan di tepi sebuah jalan yang banyak kenderaan roda empat dan roda dua yang bergerak. Namun tidak ada satupun yang sudi singgah untuk membeli. 

Dalam dia menghitung kerugian yang bakal dialami, tiba-tiba datang seorang pemuda yang memborong semua makanan yang dijualnya.



Ia membuat penjual itu tergamam kerana pertama kali hasil jualannya habis. Lebih mengejutkannya ialah apabila pemuda itu memberi kuih muih itu secara percuma kepada penunggang motosikal yang berhenti dengan dibantu oleh si penjual.

Menurut video dalam akaun TikTok Willie Salim yang videonya menjadi tular, hasil jualan percuma itu habis dalam tempoh kurang sejam dengan mengguna alat pembesar suara. 





Katanya, sebahagiannya ialah penunggang motosikal penghantar online atau ojek online.

Mereka mengucap terima kasih atas sumbangan itu kerana sudah hampir berbuka, mereka belum membeli makanan.

Video yang dimuat oleh Willie Salim itu telah ditonton lebih 15.4 juta kali hingga jam 12 tengah hari Isnin, 3 Mei 2021 sejak dimuat naik pada Rabu, 26 April 2021.

Berdasarkan muatan video dalam Tik Toknya, Willie banyak membantu golongan kurang berkemampuan dengan pelbagai cara. - KitaReporters



0
1
0
0
0
You will be interested