MELAKUKAN kesalahan perlu dihukum. Aceh merupakan wilayah autonomi yang melaksanakan hukum Islam di Indonesia. Walaupun bentuk hukuman itu berat, namun masih ada manusia yang berani melakukan kesalahan. Dan jika melakukan kesalahan besar dan ditangkap oleh polis syariah, seseorang perlu bersedia menerima hukuman setimpalnya iaitu sebatan. : KitaReporters
Pedofil ini cuba bertahan dalam sebatan awal namun minta dihentikan selepas beberapa kali disebab. - Kredit foto: Getty Images
Lagi kisah-kisah berkaitan Indonesia:
https://kitareporters.com/search?search=indonesia
Seorang pedofil (paedophile) berusia 21 tahun yang suka melakukan perkosaan dan gangguan seksual terhadap kanak-kanak atau lebih dikenali sebagai pedofilia (paedophilia) akhirnya diberkas oleh pihak berkuasa.
Menurut laporan Daily News, lelaki ini kemudian dijatuhkan hukuman sebat sebanyak 146 kali oleh sebuah mahkamah syariah di Aceh Timur.
Sebagai lelaki yang sentiasa menunjukkan keberanian, pedofil (orang yang melakukan pedofilia) ini tidak takut apabila hakim menjatuhkan hukuman itu.
Malah dia tetap tidak menunjukkan kekesalan melakukan jenayah pemerkosaan bawah umur, juga tidak memperihatkan ketakutan apabila hukuman di depan khalayak dilakukan di pekarangan sebuah masjid di Aceh Timur.
Bagaimanapun setelah beberapa kali sebatan dilayangkan ke tubuhnya, dia meminta hukuman dihenti, namun hukuman tetap diteruskan.
Bahagian belakang pedofil menerima sebatan daripada tukang sebat. - Kredit foto: Getty Images
Memasukki sebatan ke-52, si pesalah ini pengsan setelah bahagian belakangnya robek akibat berkali-kali disebat.
Pegawai kesihatan melakukan pemeriksaan dan meminta hukuman dihentikan. Si pesalah lalu dikejar ke sebuah hospital kerajaan.
Namun mengikut undang-undang, apabila kecederaannya sudah membaik, dia perlu menjalani hukuman sebat itu semula bagi mengenapkan jumlah hukuman iaitu 146 sebatan. Ini bermakna lelaki ini perlu lagi disebat 94 kali.
Pedofil ini diperiksa oleh pegawai perubatan. - Kredit foto: Getty Images
Sanggupkan dia terus menerima hukuman sebat sedangkan belum sampai separuh dia sudah pengsan dan belakangnya robek.
Apa yang terjadi kepada pedofil ini patut menjadi panduan setiap manusia agar tidak melakukan kesalahan jenayah. Jika hukuman di dunia tidak sanggup dijalankan, bagaimana dengan hukuman Tuhan nanti. - KitaReporters