INILAH jodoh, biarpun berbeza puluhan tahun namun tidak menghalang bagi pasangan Indonesia ini untuk berkasih kasayng menerusi ikatan hubungan yang sah.
Walaupun mempunyai jarak 46 tahun namun gadis berusia 19 tahun, Fia Barlianti tidak menghalang dirinya untuk jatuh cinta dengan seorang lelaki yang layak dianggap datuk kerana usianya 61 tahun.
Malah menganggap semua takdir Allah yang menemukan mereka berdua.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kahwin isteri muda
Bagi sang suaminya, Sondani, dia sangat teruja dipertemukan dengan gadis muda yang sudi menerimanya sebagai suami.
Malah lelaki itu pernah bernazar untuk mengahwini gadis muda selepas isterinya meninggal dunia, beberapa tahun lalu. Kini impiannya menjadi kenyataan.
Memetik laporan suara.com, kisah percintaan Sondani dengan isterinya, Fia bermula ketika menyertai rombongan ziarah sebelum Ramadan 2022 lalu.
Kata Sondani, sejak dari saat itu, dia mula mendekati Fia dengan cara yang baik.
Malah lelaki itu juga mengajak Fia untuk bertemu lagi ketika bulan Ramadan lalu dan berani untuk menyuarakan hasrat hatinya.
“Apabila Fia menjawab belum ada, saya terus meluahkan hasrat untuk menikahinya,” kata Sondani penuh jujur.
Sondani yang kematian isteri sejak beberapa tahun akibat sakit terus meminta restu orang tua Fia sebelum meneruskan hasrat mempersiterikan gadis ayu tersebut.
Malah sebagai kesudian gadis tersebut untuk menerima dirinya. Sondani yang merupakan broker hartanah tersebut menghadiahkan mas kahwin sebanyak Rupiah 500 juta (kira-kira RM150,000).
“Pemberian (mas kahwin) itu adalah keinginan saya, tidak ada tuntutan daripada mana-mana pihak,” ujar Sondani.
Menariknya lagi, dia juga bersetuju untuk menanggung 16 ahli keluarga Fia mengerjakan umrah.
Bukan hanya mas kahwin sebanyak itu yang dihadiahkan buat isterinya, Fia juga turut dihadiahkan sebuah rumah, kereta, emas 55 gram serta hadiah-hadiah lain.
Kisah perkawinan mereka tular dalam media sosial namun tidak memberi kesan kepada pasangan baharu tersebut kerana Sondani mengakui dia tidak mempunyai akaun media sosial dan tidak mahu mengetahui cerita tersebut.
Malah lelaki bertuah itu mengakui dia tidak melakukan kesalahan sebaliknya menganggap sebagai rezeki oleh Yang Esa kerana dikurniakan isteri yang cantik dan muda.
Semoga pasangan tersebut terus kekal melayari bahtera kehidupan dengan bahagia. - KitaReporters