Insan & Komuniti 26 May, 2022

Video| Reda jika bawa maut! Ingin mati dalam berdakwah! Bukan untuk propa! Nak tunjuk kesan sihir!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

Keadaan wajah Ustaz Kazim kerana disihir. - Kredit foto: FB @datoustazkazimelias

DENGAN sudah memiliki nama besar, pendakwah terkenal Dato’ Ustaz Mohammad Kazim Elias (DUKE), 49, tidak perlu berbuat propa atau melakukan apa-apa perkara gimik untuk tarik perhatian

Tujuannya mendedahkan penyakit misteri yang dianggapnya sebagai sihir dan keadaan pada tubuhnya dalam laman sosialnya baru-baru ini adalah untuk memberitahu orang ramai keadaan sebenar supaya tidak menimbulkan fitnah.

Dan pada masa yang sama mengharapkan orang ramai mendoakan penyembuhannya dan membantu mencari pihak yang dapat menyembuhkan penyakitnya.

Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Ustaz Kazim Elias



Ini kerana banyak ahli perubatan moden dan tradisional yang ditemui selama ini ‘menyerah’ untuk merawat penyakitnya.

Kerana begitu kuatnya sihir yang dituju kepadanya yang dipercayai menggunakan ilmu dari Siam, Ustaz Kazim hanya mampu bertahan dengan doa-doa yang diamal serta rawatan yang dilakukan dirinya sendiri.

Ustaz Kazim memperlihatkan parut hitam pada wajahnya dalam program 'MeleTOP'.

Penyakit misteri akibat sihir yang dialami lebih 20 tahun iaitu sejak tahun 1997 kini semakin serius.  Ia dipercayai dihantar orang yang tidak ingin melihat dirinya ligat berdakwah

Namun ia tidak mematahkan semangat Ustaz Kazim untuk melakukan kegiatan dakwah dan reda jika penyakit misteri itu membawa maut. Ini kerana dia berazam untuk mati ketika berdakwah.

Bagi menjelaskan lebih terperinci sakit misteri dan kesan yang dialaminya, Ustaz Kazim menerima jemputan muncul dalam program popular Astro Ria iaitu ‘MeleTOP’ pada Selasa, 24 Mei 2022 lalu.


Dalam program yang dikendali hos popular Nabil Ahmad dan Elly Mazlein, Ustaz Kazim selain bercerita mengenai penyakit misterinya, turut memperlihatkan wajahnya tanpa solekan dan bahagian kakinya yang disihir

Terdapat kesan-kesan berwarna hitam dan darah boleh keluar tiba-tiba. Menurut Ustaz Kazim kesan penyakit misteri itu turut dialami hingga ke bahagian perutnya.

Pendakwah bebas  ini mengakui berpuluh-puluh tahun menderita sakit misteri akibat disihir itu.

Ustaz Kazim bersama pengarah Mawi ketika penggambaran filem 'Zim Zim Ala Kazim'.

"Sebelum datang sini (studio Astro Ria), pagi tadi saya dah jumpa dua pakar dan mereka kata saya tiada sakit apa. Mereka kata saya dah tua dan ini penyakit orang tua. 

"Sebab itu saya kata tolong bantu saya sebab saya dah guna pelbagai usaha. Saya dah buat lima pembedahan dan saya masuk MRI lebih dari lima kali untuk tengok penyakit saya.

"Ramai yang tolong saya pun surrender tak boleh buat. Mungkin keadaan saya teruk sebab itu saya orang yang betul-betul boleh bantu dan sama-sama dengan yang lain doakan saya," katanya yang berkongsi kisahnya dalam program ‘MeleTOP’.


/

Ustaz Kazim dalam pelbagai gaya. Kredit foto: OMM

Berkongsi lebih lanjut tentang perkara itu, Ustaz Kazim memberitahu, apa yang dilalui menyebabkan dia berasa tertekan. 

Bagaimanapun dia tidak pernah berhenti dalam usaha berdakwah dan terpaksa menggunakan solekan apabila berjumpa orang ramai. 

"Selama ini saya terpaksa memakai solekan yang tebal apabila hendak keluar rumah. Saya rasa malu untuk berjumpa orang dan keadaan itu membuatkan saya jadi tertekan

"Walaupun dalam keadaan sakit saya tetap teruskan kerja-kerja berdakwah. Saya tidak mahu mengalah. Kesibukan juga membuatkan saya lupa seketika tentang sakit yang dialami

"Bertahun-tahun saya tidak boleh tidur malam. Saya hanya boleh tidur dalam kereta. Syukur Tuhan masih berikan saya kekuatan dan tidak merasa letih," katanya dalam program ‘MeleTOP’  juga.



Ustaz Kazim mendedahkan wajah sebenarnya tanpa solekan di mana terdapat kesan parut hitam akibat luka yang berlaku secara tiba-tiba. 

Selain itu, dia turut memberitahu pendedahan yang dilakukan bukan bertujuan untuk marketing termasuk sengaja mahu mempromosikan filem terbaharu lakonannya berjudul 'Zim Zim Ala Kazim', terbitan dan arahan Mawi.

Menurut Ustaz Kazim, filem itu bukan rekaan, sebaliknya kisah benar dirinya. Cuma terdapat beberapa adegan dibuat ‘berlebihan’ untuk tujuan perfileman.

Tambah Ustaz Kazim, "Pernah sebelum ini saya mandi menggunakan air yang dibaca dengan ayat suci al Quran dan jarum keluar dari bahagian tubuh saya. Itulah perbuatan sihir... benda yang menyalahi ada dan kebiasaan kita. Saya dedahkan semua ini bukan untuk tujuan marketing kerana saya tidak perlukan semua itu."

Ustaz Kazim turut berkongsi amalan yang sering dilakukan sebagai pelindung dirinya dan reda jika sakit yang dialami ini menjadi punca kematiannya satu hari nanti.

"Selepas menunaikan solat saya amalkan bacaan ayat Kursi dan juga ayat 56 surah Hud. Itu antara amalan yang membuatkan saya bertahan. Jika sakit ini menjadi penyebab kematian, saya reda.

"Apa yang penting saya mahu mati dalam keadaan terus menyampaikan dakwah," tuturnya. - KitaReporters


19
11
0
10
0
You will be interested