Insan & Komuniti 13 Nov, 2021

Video| Alahai anak! Berderau darah! Kanak-kanak perempuan panjat pagar balkoni, berjalan-jalan!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


ZAMAN sekarang ini di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, ramai antara kita yang menetap di rumah seperti apartmen, flat atau kondominium.

Namun, tahukah anda, bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil, ibu bapa perlu memantau keselamatan mereka agar kejadian yang tidak diingini tidak berlaku.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan panjat pagar



Tular dalam Facebook, seorang kanak-kanak perempuan dilihat memanjat penghadang di balkoni rumahnya dengan sangat berani tanpa ada pantauan daripada orang dewasa.

Video berdurasi 40 saat itu tular dalam media sosial dilihat sangat menggerikan. Rata-rata warganet turut risau akan keselamatan kanak-kanak ini.

Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh Warga Taman Keramat dalam media sosial Facebook, kelihatan kanak-kanak perempuan tersebut dengan berani berjalan di luar beranda rumah sebelum memanjat semula ke dalam rumah.

Ramai wargamaya memberi pesanan kepada pemilik rumah untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan memasang pagar  besi di luar rumah bagi mengelakkan kejadian seumpama ini berlaku kepada kanak-kanak lain di luar sana.



Semoga semua ibu bapa yang berada di luar sana, lebih peka dengan keselamatan anak-anak ketika berada di rumah -KitaReporters


11
12
0
13
0
You will be interested