DEMI membuktikan keselamatan dan kepercayaan masyarakat terhadap suntikan vaksin Covid-19 yang diberikan adalah selamat, seorang ketua jabatan di bahagian kesihatan di wilayah Papua sanggup mempertaruhkan dirinya sendiri. Orang kata, tindakan lebih berkesan daripada kata-kata. : KItaReporters
SANGGUP menyuntik sendiri vaksin sebagai bukti keselamatan dan mahu menjadi contoh kepada masyarakat setempat.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan vaksin:
https://kitareporters.com/search?search=vaksin
Memetik laporan Tribunnew.com, Dr. Aaron Rumainum yang merupakan Ketua Jabatan Kesihatan menjadi seorang daripada 14 sukarelawan di wilayah berkenaan yang bersedia menjadi penerima vaksin terawal.
“Saya fikir lebih baik saya disuntik dahulu, jika berlaku apa-apa pihak lain tidak risau,” ujarnya.
Kongsinya, sebagai pengamal kesihatan beliau perlu menjadi contoh kepada masyarakat bagi memastikan vaksin yang disuntik ini selamat.
Lebih membanggakan beliau bersedia mahu menyuntik sendiri vaksin berkenaan kepada dirinya sendiri.
DR AARON Rumainum menjadi individu pertama di wilayah Papua menerima suntikan vaksin. - Kredit Foto Kompas.com
“Ini yang boleh saya buktikan supaya masyarakat di sini tidak takut dan yakin dengan keselamatan vaksin ini,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, masyarakat setempat bimbang suntikan vaksin berkenaan memberi kesan terutama menyebabkan perubahan kepada kesihatan.
Buat masa ini, Papua telah menerima 14,680 dos vaksin Covid-19 yang akan diberikan secara percuma kepada penduduk di wilayah berkenaan.
Untuk kategori awal penerima, kira-kira 7,000 kakitangan bahagian kesihatan di jayapura akan menjadi penerima awal suntikan vaksin.
BERANI... Suntik sendiri sebagai bukti kepada masyarakat setempat yang terlalu bimbang dengan suntikan berkenaan.
Terdahulu
Presiden Indonesia, Joko Widodo menjadi individu pertama mendapat suntikan pertama di republik itu dan
proses suntikan berkenaan disiarkan secara langsung menerusi Youtube
SekretariatPresiden.
Jokowi menerima
suntikan vaksin Sinovac pada pukul 9.40 pagi waktu Indonesia pada 13 Januari 2020, sebelum diikuti
beberapa menteri kabinetnya serta Ketua Polis Indonesia, Idham Azis dan
Panglima Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto. - KitaReporters