Insan & Komuniti 08 Jan, 2021

Video| Lagi kes berkahwin di bawah umur! Kes terbaharu di Dusun Tener, Desa Sukadana di Lombok

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this

PERKAHWINAN di bawah umur masih terjadi di Indonesia walaupun kerajaan sudah menetapkan umur minimum perkahwinan ialah 19 tahun. Ia  berdasarkan Undang-Undang Nombor 16 Tahun 2019 tentang perkahwinan yang menetapkan  usia minimum bagi perempuan dan lelaki untuk berkahwin ialah  19 tahun. : KitaReporters


Pernikahan di bawah umur di Lombok jadi perhatian ramai. - Kredit foto: Lombok.com

Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan di bawah umur:

https://kitareporters.com/search?search=bawah+umur


Namun sebuah tayangan video dalam laman sosial baru-baru ini menjadi tular danperbincangan warganet di Indonesia akan perkahwinan di bawah umur. 

Bagaimana ia boleh terjadi dan adakah penikahan itu didaftarkan?

Tayangan video yang menampilkan proses pernikahan satu pasangan di bawah umur yang dimuat naik baru-baru ini menarik perhatian warganet dalam media sosial.

Video berdurasi 7 mInit 23 saat itu disiarkan secara langsung oleh akaun Facebook Dangda, pada Selasa 5 Januari 2021.

Menurut laporan Kompas.com, peristiwa ini dikatakan terjadi di Dusun Tener, Desa Sukadana,  Kecampatan Pujut, Kabupaten Lombok Tengah, Lombok, Indonesia.


Pasangan pengantin di bawah umur ini sedang diakad dengan disaksikan oleh sejumlah tetamu. - Kredit foto; IG @indorobell



Namun nama pasangan pengantin di bawah umur ini dan usia sebenar mereka tidak dinyatakan.

Video tersebut beredar secara meluas dalam  media sosial hingga menjadi tular setelah dimuat naik semula  oleh akaun Facebook Inaq Icok Sasak dan akaun Instagram @ndorobeii. Namun postingan video itu kini sudah dipadam  oleh pemilik akaun FB Dangda.

Daripada video itu, majlis pernikahan itu dijalankan secara sederhana di kawasan lapang berkhemah. Kelihatan beberapa orang berkumpul mengelilingi pasangan pengantin di bawah umur itu sambil tersenyum dan ketawa.

Turut kelihatan beberapa kanak-kanak lelaki remaja turut menyaksikan.



Sementara itu, banyak warganet memberi pelbagai komen negatif mengenai pernikahan pasangan di bawah umur itu.

"Banyak janda/duda muda di sana, akibat nikah di bawah umur," tulis akaun @nandaryayan dipetik daripada  postingan akaun Instagram @ndorobeii.

"Selepas nikah kalau lapar pulang ke rumah masing2," kata akaun @alditya_pradigda.

"Bukankah negara sudah mengatur usia minima seseorang untuk bernikah dalam bentuk undang-undang. Tapi boleh  saja pernikahan tanpa didaftar. Di Lombok, sebenarnya angka perceraian sangat tinggi... ," kata pemilik akaun  @indro_setiawaji. - KitaReporters



1
1
2
0
0
You will be interested