Kisah Insan 06 May, 2021

Bantuan RM500 bagi 11,000 peniaga! Bazar Ramadan dalam kawasan PKP Selangor ditutup mulai 8 Mei

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Info grafik menunjukKan enam daerah di Selangor yang dikenakan PKP mulai Khamis 6 Mei hingga 17 Mei 2021 (kanan) dan bantuan one-off kepada penjaja dan peniaga di bazar Ramadan yang terpaksa dihentikan operasinya berikutan pelaksanaan PKP tersebut. - Kredit foto: FB MB Selangor


KERAJAAN Selangor umum peruntukan kira-kira RM5 juta bagi bantuan 11,000 peniaga bazar Ramadan di enam daerah yang dihentikan operasinya mulai Sabtu 8 Mei 2021 berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri itu.

Setiap mereka akan menerima RM500 selepas hari raya bila proses mengenainya selesai dijalankan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di daerah masing-masing dan pembayarannya disalurkan kepada akaun peniaga berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan bazar Ramadan


Amiruddin Shari mengumumkan pemberian one-off RM500 kepada peniaga bazar Ramadan yang terpaksa dihentikan operasinya kerana PKP di Selangor dalam sidang akhbar di Shah Alam, Selangor pada Rabu.


Bantuan tersebut diberikan setelah kerajaan negeri mengambil kira berikutan para peniaga bazar Ramadan yang terlibat tidak dapat berniaga selama lima hari lagi seperti sepatutnya berakhir sehingga 12 Mei ini, akibat pelaksanaan PKP.

"Mengambil kira keputusan penutupan bazar Ramadan di enam daerah yang dikenakan PKP akibat kes COVID-19 tinggi, kerajaan negeri setuju memberi bantuan one-off RM500 kepada semua penjaja dan peniaga bazar Ramadan terlibat," kata Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari melalui laman FB beliau lewat petang Rabu 5 Mei 2021 selepas mengadakan sidang akhbar mengenai PKP di Selangor di Kediamannya di Shah Alam, Selangor disiarkan secara langsung melalui media sosial FB.


Bazar Ramadan enam daerah di Selangor yang dikenakan PKP dihentikan operasinya mulai Sabtu 8 Mei 2021.


Enam daerah di Selangor iaitu Petaling, Gombak, Hulu Langat, Kuala langat, Sepang dan Klang diletakkan di bawah PKP mulai Khamis 6 Mei hingga 17 Mei 2021 atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan kadar peningkatan COVID-19 yang tinggi.

Bagaimanapun tiga lagi daerah iaitu Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Sabak Bernam masih kekal di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi jangka masa 12 hari hingga 17 Mei 2021. Semua bazar Ramadan di tiga daerah berkenaan dibenarkan beroperasi.

Amiruddin berkata, rasionalnya bazar Ramadan ditutup kerana telah dibenarkan beroperasi selama 25 hari, manakala bazar Raya baharu sahaja bermula dan orang ramai baharu mula membeli belah untuk Hari Raya Aidilfitri.

Beliau menegaskan, kerajaan negeri telah memperketatkan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi setiap bazar Raya yang dibenarkan beroperasi hingga jam 10.00 malam dengan tidak membenarkan kanak-kanak di bawah 12 tahun, manakala sistem nombor giliran diguna pakai dan had kemasukan ditetapkan.


Bazar Raya dan pusat beli belah yang mengadakan jualan raya perlu ada penyelia yang menjaga pengunjung mematuhi SOP dan syarat-syarat perniagaan bazar berkenaan yang dikeluarkan kerajaan negeri.


Selain itu,katanya, kerajaan negeri mensyaratkan setiap bazar Raya, pasar raya dan pusat beli belah yang mengaadakan jualan raya perlu melantik penyelia yang bertanggungjawab mengingatkan selalu pengunjung mematuhi SOP semasa berada di kawasan niaga berkenaan.

Semua peraturan dan SOP bagi enam daerah yang dikenakan PKP di Selangor adalah sama seperti negeri-negeri lain. Pergerakan rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan kecuali ada urusan kecemasan, kematian dan kerja. - KitaReporters


Rentas daerah dan negeri tidak dibenarkan bagi enam daerah yang dikenakan PKP di Selangor kecuali urusan kecemasan, kematian dan kerja.

You will be interested

Video| Terbaiklah Azrin Fazni! Bantu Uncle 'Ah Sai' dari gelandangan hingga dapat pekerjaan!

Tular kisah oleh seorang lelaki yang jadi gelandangan akibat hilang pekerjaan sehingga dia tiada tempat tinggal. Namun dia dibantu seorang lelaki yang baik hati

Ziona Chana meninggal! 39 isteri hilang suami serentak! Pengganti 'Dinasti Chana' mula dicari!

Ziona Chana diketahui miliki 39 isteri, 94 anak, akhirnya menamatkan legasinya apabila meninggal dunia ketika usia 76 tahun pada 13 Jun 2021 di Mizoram, India
Kartini Mohd Noor in Kisah Insan 3 hours ago

Video| Jadi badut jalanan demi sara ibu, adik! Pelajar 15 tahun diketawa, diusik rakan, jiran!

Tular kisah pilu pelajar sekolah bernama Cindy berusia 15 tahun tapi terpaksa curi waktu terbatas bagi cari wang demi keluarga dengan jadi badut jalanan di Jawa
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 4 hours ago

Demi tradisi keluarga suka nama unik! Bapa namakan anak lelaki HTML! Simbolik kerjaya si ayah!

Di Manila, seorang bapa, bekerja sebagi pereka web, menamakan anak lelaki yang baru dilahirkan dengan nama HTML atau nama penuhnya Hypertext Mark-up Language
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 1 day ago

Berita Terkini| Anggota bomba sedang padam kebakaran diserang! Suspek dakwa bomba lambat tiba!

Seorang anggota bomba sedang padam kebakaran rumah cedera ditumbuk seorang lelaki dalam kejadian di Lawas, Sarawak  
News Editor 2 in Kisah Insan 1 day ago