Insan & Komuniti 20 Jun, 2022

Video| Mata masuk habuk! Sebak tengok anak ubah suai kereta! Demi nak bawa berjalan ayah tercinta!

@nur syamila kamarul arefin
Alumni Universiti Sains Malaysia dalam bidang kewartawanan. Pernah berkhidmat sebagai seorang wartawan dan juga penulis di dua buah syarikat. Masih lagi belajar menjadi seorang penulis.

Share this


DEMI membawa ibu atau ayah yang sudah uzur banyak cara yang boleh dilakukan agar mereka tidaklah hanya di rumah tetapi keluar berjalan-jalan melihat dunia di luar sana.

Begitu juga dengan seorang pemuda yang telah mengubah suai tempat duduk hadapan keretanya demi memudahkan ayahnya untuk menaiki kereta dan berjalan-jalan bersamanya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan warga yang uzur


Beliau dikatakan telah belanja hampir RM3,000 untuk mengubah suai keretanya bagi membawa bapanya yang sudah uzur untuk menaiki keretanya.

Hadiah Hari Bapa yang terbaik!!

Katanya dalam komen dalam video Tiktok miliknya dengan anggaran kos pengubahsuaian tempat duduk bernilai RM2,500 sehingga RM3,000 bergantung kepada penjual yang menjual barangan rare.



Di atas usaha beliau ini ramai netizen sangat berbangga dengan usaha yang dilakukan demi ayah tercinta.

Semoga kita semua diberikan kekuatan selalu dan rezeki yang murah untuk terus membahagiakan kedua-dua ibu bapa, sementara mereka masih hidup. - KitaReporters


19
14
0
8
0
You will be interested