USAHA murni stesen minyak Petron Bandar Baru Pasir Pekan di Tumpat, Kelantan mewujudkan ‘Food Bank’ seharusnya mendapat pujian dalam suasana pandemik Covid-19 yang melanda negara sekarang ini. Langkah amal jariah itu sudah pasti memberi banyak manfaat dan meringankan beban kepada mereka yang menghadapi kesempitan kerana kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan bagi meneruskan kelangsungan hidup bersama keluarga. : KitaReporters
Beberapa barangan makanan asas tersusun rapi dalam almari khas yang disediakan Petron. - Kredit photo: Instagram @petronbbpp
Lagi kisah-kisah berkaitan bank makanan:
https://kitareporters.com/search?search=bank+makanan
Sebagai inisiatif dan mengimfak dalam kerja kebajikan, pihak pengurusan stesen minyak itu melancarkan bank makanan ini dengan membekalkan beberapa barangan makanan asas khususnya sardin, mi maggi, tepung gandum, minyak masak, gula dan bihun sejak 19 Oktober 2020.
Satu almari khas diletakkan pada bahagian hadapan stesen minyak Petron itu dengan disusun rapi barangan makanan asas berkenaan untuk diambil oleh mereka yang memerlukan dan mendapat sambutan amat positif.
Individu berkemampuan dan syarikat korporat dipelawa untuk menyumbang sebagai amal jariah kepada 'Food Bank' itu.
Dengan tertera perkataan ‘Ambil sekadar perlu, beri sekadar mampu’ yang menyasarkan kepada mereka yang kesempitan serta memerlukan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama.
Setiap pengambilan barangan keperluan itu akan direkodkan dan hanya boleh mengambil sebulan sekali bagi memastikan lebih ramai mendapat manfaat.
Menurut sumber Petron berkenaan, di samping itu individu berkemampuan dan syarikat korporat turut dipelawa untuk sama-sama menghulurkan sumbangan berupa enam barangan asas tadi ataupun menyumbang dalam bentuk wang tunai bagi membeli barangan makanan berkenaan yang akan direkodkan dalam buku log ‘Food Bank’.
'Food Bank' Petron memupuk semangat tolong-menolong dan melahirkan masyarakat prihtain.
Ini secara tidak langsung memupukkan semangat tolong-menolong dan melahirkan masyarakat prihatin dalam membantu mereka yang kesusahan berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bagi membendung penularan wabak Covid-19.
“Kita turut melahirkan simpati kepada mereka yang hilang pekerjaan serta punca pendapatan terutama yang berpendapatan rendah dan berharap kewujudan ‘Food Bank’ ini dapat membantu meringankan bebanan sebelum mendapat peluang pekerjaan lain,” kata sumber itu. - KitaReporters