Insan & Komuniti 15 Oct, 2020

Awie terima medal anugerah khas! Daripada ADUN Kuala Besut!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

KEBOLEHAN dan keberanian luar biasa orang kelainan upaya (OKU), Mohamad Najmi Daud, 31, dari Kuala Besut, Terengganu yang berjaya menemui mangsa lemas dengan cepat tanpa menggunakan alat bantuan selaman terus mendapat perhatian bukan sahaja dalam kalangan netizen dalam media sosial malah dikagumi pemimpin setempat. : KitaReporters 

ADUN Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman menunjukkan medal anugerah khas kepada Awie


Lagi cerita-cerita mengenai OKU:

https://kitareporters.com/search?search=oku


Kejayaan Mohd Najmi atau lebih dikenali dengan panggilan “Awie” dalam kalangan penduduk setempat kerana berjaya menemui mayat seorang buruh yang mati lemas selepas terjatuh ketika menjala ikan di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Besut pada 9 Oktober 2020 lalu melonjak nama beliau sehingga digelar sebagai “Hero Kuala Besut”.

Susulan keupayaan beliau menemui mayat mangsa sebelum pasukan penyelamat tiba di lokasi kejadian menyebabkan Awie diberi pujian dan disanjung pelbagai pihak kerana seorang OKU mampu melakukan kerja menyelamat mangsa lemas. 

Tidak hairanlah, selepas itu Awie bukan sahaja sekadar  mendapat pujian malah pelbagai pihak tampil memberi pelbagai hadiah sebagai tanda sokongan dan perghargaan terhadap kerja sukarela yang dilakukan oleh beliau

ADUN Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman mengalung medal anugerah khas kepada Awie.


Selain pihak swasta yang memberikan jam tangan dan lesen memandu percuma, paling mengharukan Awie ialah apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Besut, turut menyampaikan sijil penghargaan serta imbuhan berbentuk kewangan sebagai tanda terima kasih dan keprihatin Awie dalam membantu pasukan penyelamat.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman turut berkongsi kegembiraan di atas kejayaan Awie kerana berjaya menemukan mangsa lemas dalam kejadian tersebut. 

 Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman


"Kebanggaan Kuala Besut.... Kebolehan luar biasa Mawi telah mendapat perhatian netizen dan telah tular dalam media sosial. 

"Hari ni (12 Oktober 2020 ) sempat jumpa mata dengan Mawi (Mohd Najmi Bin Daud,) Pemuda Kelainan Upaya yang telah berjaya mendapatkan mangsa lemas dengan cepat tanpa menggunakan alat bantuan selaman di jeti Kompleks LKIM beberapa hari yang lalu,” begitulah catatan ringkas Tengku Zaihan menerusi Facebook miliknya ketika merujuk kepada kejayan pemuda OKU terbabit. 

Awie menunjukkan medal anugerah khas dan sumbangan wang yang diterima dari ADUN Kuala Besut


Tengku Zaihan berkata, terharu dengan usaha yang dilakukan oleh Awie sehingga dia dinobatkan sebagai “Hero Kuala Besut” oleh penduduk setempat, pihaknya turut memberi sedikit sumbangan kewangan serta medal emas sebagai tanda penghargaan. 

“Walaupun sumbangan tidak seberapa, sekurang-kurangnya ia dapat membangkitkan semangat Awie untuk terus membantu pihak berkuasa terutama jika ada kes mati lemas di sungai dan laut." katanya.

ADUN Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bersama Awie Hero Kuala Besut.


Katanya, khidmat Awie membantu pihak berkuasa melakukan kerja mencari mangsa lemas bukanlah pertama kali kerana sebelum ini dia sudah banyak melakukan kerjasa sukarela yang menjadi minatnya. 

Malah, ada pihak yang mencadangkan supaya Awei diberi peluang untuk berkhidmat sebagai sukarelawan dengan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) sebagai juruselam berasaskan kemahiran beliau dalam bidang berkenaan. 

“Walaupun kawasan berkenaan sebahagian besar penduduk golongan nelayan, tetapi ramai remaja dan pelajar melakar sejarah dalam kerjaya masing-masing sehingga mencapai kejayaan pada peringkat antarabangsa,” katanya. - KitaReporters

11
3
3
4
2
You will be interested