Farit Ismeth Emir, 66, yang meninggal dunia pada hari ini, Isnin, 20 April 2020, mencatatkan sejarah apabila menjadi salah seorang penyampai berita TV, Radio Televisyen Malaysia (RTM) paling lama berkhidmat iaitu hampir 30 tahun sejak 1988 dan baru bersara beberapa tahun lalu. : KitaReporters
officialdjfuzz : Dukacita dimaklumkan bahawa bapa saya Farit Ismeth Emir , telah kembali Kerahmatullah pada jam 11 pagi, 20 Apr 2020 . Bersama-samalah kita sedekahkan al-fatihah semoga roh nya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman..amin..
Penyampai berita TV veteran dan sensasi itu meninggal dunia di Hospital Asunta, Petaling Jaya pagi tadi, Isnin, 20 April 2020.
Beliau antara penyampai berita TV, RTM paling lama berkhidmat iaitu lebih 30 tahun sejak 1988 dan baru bersara beberapa tahun lalu.
Beliau hanya bekerja secara kontrak di RTM, namun ramai yang menganggap dia adalah kakitangan tetap RTM.
Dan dalam kalangan petugas Bilik Berita RTM, dia dipanggil sebagai Pak Ngah.
Walaupun sudah memegang jawatan pengurus bahagian di beberapa hotel terkenal di negara ini, namun kerana minat mendalam dalam bidang penyiaran dia beralih arah.
Kedua-duanya terpilih sebagai pembaca berita RTM.
Farit dikenali ramai mempunyai identiti dari segi penyampaian dan gaya sebutannya agak keinggerisan dan kearaban.
Kebanyakan tugas membaca beritanya adalah untuk rancangan Dunia Jam 10.
Dia adalah pembaca awal Dunia Jam 10 bersama Haslina Hamzah.
Dia mempunyai beberapa perniagaan sendiri dan pernah menguruskan kafeteria RTM di Angkasapuri.