Insan & Komuniti 18 Apr, 2020

JAJA TELEFON ROSAK UNTUK BELI SEKILO BERAS!!

@makasom ab halim
Memulakan kerjaya dengan Bacaria dari 1986 hingga 1997, Penyunting Eksekutif Harian Metro hingga 2020. Penterjemah rencana dari akhbar Indonesia.

Share this

Apalah sangat nilai RM3 pada kebanyakan orang, namun besar nilainya bagi lelaki ini demi sesuap nasi bagi lima anaknya. Memetik laporan TribunNews, seorang lelaki bernama Ason Sopian terpaksa mengetuk dari pintu ke pintu untuk menjaja telefon bimbitnya yang rosak demi membeli sekilo beras. : KitaReporters


Kredit foto: Batamnews.co.id


Kisah meruntun jiwa Ason ini turut dikongsikan oleh usahawan dan YouTuber Putra Siregar dalam Instagramnya.

Difahamkan, Ason, 48, dari Sagulung di Batam, Indonesia menanggung lima anak yang semuanya tidak bersekolah.

Lebih menyedihkan, anaknya yang berusia tiga tahun mengalami masalah mental disebabkan lahir pramatang.

Katanya, Ason tidak lagi bekerja sejak wabak maut Covid-19 melanda negara itu dan walaupun isterinya masih bekerja, pendapatan 1 juta rupiah (RM276.29) tidak mencukupi untuk keperluan mereka sekeluarga.

Berikutan itu, Ason nekad menjual telefon bimbitnya yang rosak, walaupun pada harga 10,000 rupiah (RM2.76) demi membeli sekilo beras.

Kisah Ason turut dikongsikan peguam Hotman Paris di Instagramnya sambil meminta golongan berkemampuan agar membantu mereka yang tidak bernasib baik.

Semoga dipermudahkan semuanya. - KitaReporters


Kredit foto: merdeka.com

2
0
2
0
0
You will be interested