Insan & Komuniti 28 Mar, 2024

Pahang tubuh Sekretariat Perantau Anak Pahang! Jaga kebajikan dan sebar info telus elakkan fitnah!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Prihatin... Wan Rosdy Wan Ismail (berdiri, tiga dari kiri)) menghulurkan sumbangan kepada salah seorang penerima 


ANAK Pahang yang merantau di Kuala Lumpur kini boleh mengadu nasib bila ditimpa kesulitan apabila Kerajaan Negeri Pahang secara rasmi sudah melancarkan Sekretariat Perantau Anak Pahang untuk membantu kebajikan lebih 100,000 penduduk negeri itu yang bekerja di ibu negara.

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sekretariat yang dilancarkan pada 5 Januari 2024 itu, atas inisiatif kerajaan negeri juga untuk memantau kebajikan 11,251 anak-anak negeri yang kini belajar di universiti.

Sekretariat  itu ditempatkan di tingkat 6, World Trade Centre (WTC) sebagai pusat sehenti (one stop centre) bagi Kerajaan Pahang memantau, menjalin ukwah dan memastikan anak-anak Pahang tidak terperdaya oleh golongan tertentu yang giat menyebarkan laporan fitnah memburuk-burukkan kerajaan negeri.


Banyak usaha kerajaan Pahang tidak disampaikan dengan maklumat tepat kepada rakyat.



"Paling penting kerajaan negeri mahu memberi maklumat tepat kepada perantau mengenai politik dan berita semasa mengenai Pahang kepada mereka supaya tidak ditipu oleh penfitnah yang menyebarkan berita-berita negatif. Antaranya hasutan itu seperti Pahang banyak berhutang, akan bankrap dan pemimpin yang menjual tanah," jelasnya.

Beliau berkata demikian pada majlis Iftar Ramadan anjuran Persatuan Kebajikan Anak-Anak Pahang di Ibu Kota (PEKAP) di Kuala Lumpur pada 24 Mac 2024. Hadir sama, Yang Dipertua PEKAP Datuk Abdul Rahim Abu Bakar

Lebih 3,000 perantau yang juga anak-anak Pahang yang bekerja, belajar dan berhijrah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor menghadiri majlis itu. 

Wan Rosdy turut menyumbangkan bantuan kepada penerima sempena meraikan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.


Tetamu yang datang.


"Sekretariat  dibahagikan kepada dua fungsi iaitu menjaga kebajikan penduduk dan satu lagi pelajar universiti. Kerajaan negeri membelanjakan lebih RM100 juta termasuk untuk bantuan one-off untuk anak-anak belajar, menunaikan haji, bantuan kelahiran dan perumahan rakyat," katanya.

Beliau berharap PEKAP dapat membantu sekretariat dalam mengumpul semua perantau di ibu negara di bawah satu bumbung bagi memudahkan kerajaan menyalurkan maklumat dan memantau prestasi program. 

Beliau juga memberitahu pada 31 Mac ini sekretariat akan mengedarkan baucar minyak RM50 kepada 1,000 anak perantau yang sudah memohon. Beliau berjanji akan menambahkan bilangan penerima itu tahun depan (2025) kerana sambutan luar biasa bagi program Moh Balik Beraya di Pahang.



Sementara itu, Wan Rosdy berkata, Biro Wanita dan Biro Kebajikan PEKAP akan mengadakan program Tadarus &Majlis Khatam al-Quran PEKAP pada 6 April 20254.

Katanya, sekretariat juga sudah melancarkan pendaftaran keahlian secara dalam talian seperti yang diputuskan pada mesyuarat agungnya pada Oktober 2023 yang sehingga kini sudah mencatatkan lebih 4,000 anak-anak perantau berdaftar.

Kata Wan Rosdy lagi, rakyat menikmati pelbagai kemudahan tetapi pemikiran mereka cuba dipesong oleh penyebar fitnah yang menyebabkan maklumat sebenar tidak sampai kepada anak-anak Pahang yang merantau.

"Sebagai contohnya ketika mengambil kuasa pada 2018 kita berjaya mengurangkan hutang kerajaan negeri dari RM3.3 billion kepada RM925 juta. Sebanyak 60 peratus kadar kemiskinan tegar sudah dikurangkan dengan dari 4,000 orang kepada 1,000 orang.

"Begitu juga dengan kerajaan sudah berjaya mengawal ketirisan kewangan syarikat milik kerajaan negeri dan kini mereka menyumbangkan keuntungan 70-80 juta. Kita tidak menafikan masih ada satu dua lagi syarikat kerajaan negeri yang sedang dibantu bagi mengatasi kerugian." katanya.


Terima kasih daripada dua penerima sumbangan PEKAP.


Wan Rosdy kesal dengan sikap penyebar fitnah yang mengugat keharmonian penduduk kerana bimbang kesan pergolakan politik negara yang semakin kritikal kepada perpaduan akibat tindak-tanduk pihak yang cuba memecahkan kaum Melayu.

"Orang Melayu kena kembali bersatu demi masa depan bangsa kita. Jika kerajaan yang ada sekarang sudah mampu membantu rakyat kenapa mesti kita marah. 

"Saya sudah berjanji akan membantu dan setakat ini janji saya tidak memberikan seincipun tanah kepada asing asing sudah dilaksanakan.

"Sekiranya kami tidak berkhidmat dengan baik, rakyat boleh membuat keputusan. Tetapi memilih untuk menukar kepimpinan kerana pengaruh fitnah, kesannya sangat besar kepada bangsa Melayu. Kita tidak mahu mengulangi peristiwa Palestin bila kita terpaksa bertolak ansur dengan pihak lain. 

"Daripada sebulat hati untuk tolong bangsa, menjamin kuasa politik berterusan kita bimbang nasib dan masa depan anak-anak cucu kita. Kita tidak boleh menolak perkongsian negara sebab ia wujud sebelum kita lahir tetapi kita kena memastikan kuasa politik dan penyatuan bangsa tidak tergugat biarpun masa berubah," katanya lagi. - KitaReporters


Abdul Rahim Abu Bakar menyerahkan kad keahlian PEKAP seumur hidup.


18
15
0
13
0
You will be interested