Insan & Komuniti 01 Dec, 2022

Video| Malang nasibmu ibu! Anak-anak pakat rantai lehernya ke pokok! Tinggalkan sendirian dalam hutan!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

Lokasi di mana wanita malang itu diikat dengan rantai besi pada lehernya dan kemudian rantai itu pula diikat pada sebatang pokok di tengah-tengah hutan di  Banten, Indonesia. - Kredit foto: Agensi


SEORANG ibu boleh memelihara sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu.

Begitulah ungkapan yang sering kita dengar apabila berlaku kes anak-anak sanggup mendera dan meninggalkan seorang ibu yang tua dan uzur menjadi kisah dalam (keluarga) masyarakat kita.

Bukan setakat itu sahaja malah terdapat segelintir ahli keluarga sanggup pula membuang ibu atau ditinggalkan sahaja di mana-mana (tempat); dan kalau boleh biarlah jauh daripada orang ramai supaya tidak ditemui lagi.

Kasihan dan sayu hati apabila mendengar cerita sedih seumpama itu jika terjadi dalam keluarga kita.


Lagi


Malang nasib seorang ibu yang ditinggalkan sendirian di dalam hutan dengan keadaan lehernya terikat dengan rantai selama lima hari. - Kredit foto: Agensi


Seorang wanita berusia 50 tahun ditemui sekumpulan sukarelawan dalam keadaan lehernya terikat dengan rantai pada sebatang pokok di tengah-tengah hutan di Desa Kampung Baru, Kecamatan Petir, Kabupaten Serang, Banten, Indonesia.

Wanita yang dikenali sebagai Ani dilihat persis seperti seekor anjing yang ditambat di tepi tiang atau pagar dengan seutas rantai besi dalam jarak 1 meter (dari pokok) sehingga sukar baginya untuk bergerak.

Mujurlah ikatan rantai besi itu tidak menjerutkan lehernya sehingga boleh membawa maut.

Kejadian yang menyayatkan hati itu dipercayai berlaku sejak 17 November 2022 lalu apabila ahli keluarga wanita malang itu berpakat melakukan perbuatan kejam dengan mengikat ‘rantai leher besi’ dan meninggalkan dia keseorangan di dalam hutan berdekatan kampung mereka.  

Menurut salah seorang anak wanita itu, Ismail, ibunya mempunyai masalah kesihatan mental.

Ibunya sering membebel dan mengamuk serta bertindak agresif sehingga menyukarkan mereka (adik beradik Ismail) untuk menjaganya dengan baik, lapor Tribun Sumsel.com.



"Kalau tak buat macam ini, nanti habis semua harta benda dalam rumah rosak dibaling ibu kerana dia suka mengamuk.

“Bila dah mengamuk pastinya boleh mendatangkan kecederaan pada orang lain dan kami terpaksa rantai ibu”, jelas Ismail.

Malah Ismail turut mengakui dia terpaksa meminta bantuan penduduk-penduduk kampung untuk membantu mengikat ibunya bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku kepada orang lain.

Ibunya ditinggalkan sendirian di hutan dalam keadaan terikat dengan rantai selama lima hari.

Ketika ditanya oleh salah seorang sukarelawan, bagaimana ibunya hendak minum air atau makan?

Dia (Ismail) menjawab ibunya hanya minum air hujan dan sering kehausan.

"Walau buruk atau teruk macam mana sekalipun si ibu, perbuatan seperti ini sangat tidak wajar bagi seorang insan apatah lagi merantai lehernya seperti seekor haiwan," nasihat sukarelawan itu.

Wanita tua itu berjaya diselamatkan dan kemudian dibawa oleh grup sukarelawan itu untuk diberi rawatan dan penjagaan rapi di sebuah rumah penjagaan khas bagi memelihara dan merawat pesakit-pesakit mental. - KitaReporters



Sumber:

https://www.tribunnews.com/regional/2022/11/29/kisah-seorang-ibu-dipasung-di-tengah-hutan-lehernya-dirantai-digembok-kini-dirawat-di-yayasan

www.facebook.com/watch/?v=653074669621192 

13
14
1
5
2
You will be interested