Salah seorang anak yatim berstatus orang kelainan upaya yang terilih menerima sumbangan Yayasan Pelajaran Mara semasa Program Bantuan Kasih YPM di Pusat Khidmat ADUN Tenang pada 11 November 2022.
KEGEMBIRAAN jelas terbayang di wajah 53 anak yatim yang terpilih sebagai penerima sumbangan wang saku dari Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di Pusat Khidmat ADUN Tenang, Labis, Johor pada 11 Nobember 2022 lalu.
Salah seorang penerima, Sofea Nor Haizarina Samsuddin,15, dari Felda Chemplak, Labis bersyukur kerana terpilih sebagai salah seorang penerima sumbangan tersebut dan bercadang untuk menggunakan wang saku yang diterima untuk kegunaan perbelanjaan persekolahannya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan anak yatim
Sofea Nor haizarina Samsuddin gembira menerima wang saku sumbangan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) daripada Haslinda Salleh sambil diperhatikan oleh Mohd. Yusuf Ahmad.
"Sumbangan yang diterima mungkin bukan dalam jumlah yang besar, namun sedikit sebanyak mampu meringankan beban keluarga kakak yang mengambil alih tanggungjawab membesar dan menjaga saya selepas kedua ibu bapa saya meninggal dunia.
"Bapa saya meninggal dunia ketika saya berumur tiga tahun dan selang tiga tahun kemudian ibu saya pula pergi meninggalkan kami dan sejak itu kakak saya mengambil alih tanggungjawab membesarkan saya,"kata anak bongsu daripada empat orang adik beradik yang juga pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felcra Bukit Kepong itu.
Katanya, selain menerima wang saku, dia turut rasa teruja kerana berpeluang mengetahui pelbagai peluang serta bantuan yang disediakan oleh MARA untuk pelajar daripada golongan keluarga B40 untuk melanjutkan pelajaran sehingga peringkat tertinggi yang tidak diketahuinya sebelum ini.
Sofea Sumaiyya Mansur menerima sumbangan wang saku sumbangan YPM yang disampaikan oleh Haslinda Salleh sambil diperhatikan oleh Mohd. Yusuf Ahmad.
Sementara itu rakannya, Sofea Sumaiyya Mansur, 15, yang kehilangan bapa ketika berusia enam tahun selepas bapanya terlibat dalam kemalangan jalanraya di Yong Peng turut melahirkan rasa gembira kerana terpilih sebagai penerima sumbangan tersebut dan wang yang diterima akan digunakannya sebaik mungkin untuk membeli buku rujukan tambahan.
Katanya, bukan nilai wang diterima yang penting baginya, sebalik apa yang paling penting nilai ingatan serta perhatian kepada golongan anak yatim sepertinya selain ilmu pengetahuan berhubung peluang yang disediakan oleh MARA untuk pelajar bumiputera melanjutkan pelajaran serta mengembangkan kerjaya dalam pelbagai bidang.
Dalam masa sama dia bercadang untuk berkongsi pengetahuan mengenai bantuan pendidikan, peluang melanjutkan pelajaran serta peluang kerjaya yang disediakan oleh MARA dengan rakan-rakan lain yang tidak berkesempatan mendapat penerangan pada hari itu.
Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM, Mohd. Yusuf Ahmad memberi penerangan mengenai peluang dan bantuan yang disediakan MARA kepada pelajar Bumiputra.
Pegawai Perhubungan Pendidikan YPM Johor, Mohd. Yusuf Ahmad berkata, YPM menyediakan ruang yang cukup luas kepada pelajar bumiputera serta pelajar kirang berkemampuan pada semua peringkat bermula peringkat sekolah rendah sehingga ke tahap pengajian tinggi.
"Ramai yang tidak mengetahui, MARA mempunyai intitusi pengajian bermula pada peringkat menengah sehingga ke pusat pengajian tinggi selain pelbagai tempat yang menawarkan kursus-kursus dalam pelbagai bidang termasuk bidang kemahiran selari dengan hasrat kerajaan memperkasa bidang kemahiran atau TVET bagi menyediakan tenaga mahir dalam pelbagai sektor ekonomi negara.
"Selain menawarkan peluang dalam bidang pendidikan dan kemahiran, MARA juga sebenarnya turut menawarkan pelbagai skim bantuan yang dikhususkan kepada golongan pelajar kurang berkemampuan seperti skim bantuan persekolahan secara 'one off', bantuan kamputer riba untuk pelajar miskin serta pinjaman pendidikan yang merangkumi elaun sara hidup kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di intitusi penjagian yang dimiliki MARA di peringkat diploma dan ijazah," katanya.
Haslinda Salleh menyantuni salah seorang anak yatim ketika Majlis Bantuan Kasih YPM Johor pada 11 November 2022 lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Haslinda Salleh beekata, program tersebut adalah program pertama kerjasama antara YPM dengan pihaknya dan berharap pihak YPM sudi menjalin kerjasama dengan pihaknya pada masa akan datang bagi membantu pelajar kurang berkemampuan.
"Pihak kami sentiasa membuka pintu kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk bekerjasama dengan kami menganjurkan sebarang program untuk membantu golongan kurang berkemampuan di sini.
"Saya harap selepas ini akan lebih banyak pihak termasuk badan korporat dan agensi kerajaan tampil menganjurkan program khidmat masyarakat bagi membantu golongan yang memerlukan selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang dilaungkan oleh kerajaan,"katanya. - KitaReporters
Sebahagian anak yatim yang hadir menerima wang saku sumbangan YPM ditemani penjaga mereka.