
Ia bukan sahaja menjadi medan untuk mengimbau memori zaman kampus, malah mempererat kembali jalinan persahabatan dalam kalangan alumni dari pelbagai lapisan kerjaya dan latar belakang.

Menurut Dato' Mazlan Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana, majlis ini bukan sekadar pertemuan semula, tetapi ruang untuk membina semangat kekitaan dan memperkukuh jaringan alumni yang kini berada dalam pelbagai bidang profesional.
“Kami ingin mengembalikan semula semangat kekeluargaan yang pernah terjalin sewaktu di kampus. Inilah masanya untuk kita ‘rewind’ kenangan lama, ‘rekindle’ semangat perjuangan dan ‘reconnect’ dalam satu keluarga besar UUM,” ujar beliau.

Mazlan Mohamad
Acara akan bermula jam 2.00 petang dengan ketibaan tetamu dan pendaftaran, diikuti tayangan video 40 tahun UUM, ucapan daripada Pengerusi JK Alumni dan wakil VIP, persembahan muzik oleh Combo MBSA, sesi cabutan bertuah, ucapan Naib Canselor UUM serta sesi bergambar kenangan.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran Brigedier Jeneral (B) Kamarudin, Datin Dr Salbita, Dato’ Abu Seman (Pak Abu) dan Mejar Anuar Abdul Hamid.
