Video| Kena hukum berguling atas jalan! Gara-gara ambil wang, anggota polis diberkas! Duit minum!
@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain
Share this
.
Nama baik agensi penguat kuasa boleh terjejas apabila segelintir anggotanya melakukan kegiatan di luar tugas sebenar mereka seperti memeras ugut wang.
Dan mereka yang dapat ditangkap melakukan kesalahan memalukan akan menerima hukuman.
Polis Medan, Sumatera Utara menerima aduan ada anggotanya yang mengambil duit daripada seorang pengguna lalu lintas yang ditahannya, terutama kaum wanita yang menunggang motosikal di sekitar Medan.
Mengambil teguran orang ramai, Ketua Balai Polis Sumatera Utara, mengarahkan diadakan operasi untuk menangkap anggota polis terbabit yang melakukan perbuatan yang mencemar nama baik agensi kepolisan Indonesia.
IPTU Rudi yang memeras wang daripada seorang penunggang motor, dihukum berguling di atas jalan raya ketika panas terik.
Pada Rabu 25 Jun 2025 kira-kira jam 9.30 pagi waktu tempatan, di Jalan Palang Merah, Kecamatan Medan Kota, Kota Medan, polis trafik berpangkat Inspektor atau IPTU (Inspektur Polisi Satu), Rudi Hartono menahan seorang penungang motosikal wanita yang menunggang berlawanan arah.
Wanita itu merayu tidak disaman. Tidak mengeluar saman, IPTU Rudi sebaliknya mengambil sekeping wang bernilai Rp10 ribu (kira-kira RM26) dengan alasan untuk duit minum.
Tidak puas hati diambil wang daripada dompetnya, wanita itu membuat laporan di sebuah balai polis berdekatan.
Menerima laporan yang boleh menjejas kredibiliti pasukan polis Indonesia, Ketua Polis Sumatera Utara mengarah melakukan intipan dan tangkapan terhadap suspek.
Dan IPTU Rudi Hartono berjaya ditahan ketika menjalankan tugas di sebuah jalan di Medan pada Khamis, 26 Jun 2025.
Tindakan disiplin yang dikena ialah Rudi diarah berguling atas jalan bertar ketika hari panas terik. Rudi terpaksa melalukannya kerana arahan daripada pihak atasannya.
Dan ia menjadi tontonan orang ramai kerana jarang dapat menyaksikan anggota polis dihukum di hadapan khalayak ramai.
/
Rudi kini ditahan selama 30 hari sebelum tindakan lanjut akan ditetapkan.
Sementara itu, Ketua Bahagian Perhubungan Awam Polis Daerah Sumatera Utara, Kombes (Komisaris Besar Polisi), Ferry Walintukan menyatakan, IPTU Rudi kini ditahan dan digantung tugas 30 hari dan mungkin dikenakan tindakan turun pangkat dan dihantar bertugas ke cawangan lain.
Tambah Ferry, kes Rudi harus menjadi iktibar kepada pegawai dan anggota polis lain agar menjalankan tugas dengan tulus dan tidak terlibat dalam perbuatan salah laku seperti rasuah. - KitaReporters