Insan & Komuniti 09 Jul, 2025

Pengiktirafan global! Projek Inklusif Digital NADI Malaysia muncul johan! Terima Hadiah WSIS 2025!

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this



Projek Inklusif Digital NADI Malaysia telah dinobatkan sebagai juara Hadiah World Summit on the Information Society (Sidang Kemuncak mengenai Masyarakat Informasi atau WSIS) 2025, sekali gus meraih pengiktirafan global atas usaha memperkasa komuniti terpencil melalui pembangunan kemahiran digital dan kesalinghubungan.

Menurut satu kenyataan, anugerah berprestij yang dianjurkan oleh International Telecommunication Union (Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa atau ITU) dengan kerjasama agensi-agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ini telah disampaikan kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam satu majlis rasmi di Geneva pada 7 Julai 2025.

"Pengiktirafan global ini mengukuhkan komitmen Malaysia terhadap kesaksamaan dan keterangkuman digital iaitu memastikan tiada rakyat yang tercicir walau di lokasi terpencil sekalipun.

"Ini tentunya sejajar dengan tujuan Hadiah WSIS iaitu meraikan projek ICT yang memacu kemajuan ke arah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG)," jelas kenyataan itu pada 7 Julai 2025.



NADI atau Pusat Sebaran Maklumat Nasional bukan sekadar projek, ia adalah komitmen untuk memastikan semua rakyat Malaysia mendapat peluang digital yang saksama. 

Pencapaian ini membuktikan  kedudukan NADI sebagai salah satu program inklusif digital yang bermanfaat di peringkat antrabangsa, kata kenyataan tersebut.

Sementara itu, Fahmi yang ditemui berkata, "Alhamdulillah, saya amat berbangga menerima Hadiah WSIS 2025 di Geneva, Switzerland ini bagi Projek Inklusif Digital NADI Malaysia yang diterajui MCMC.

"Inisiatif ini memenangi kategori ‘Capacity Building’ (Pembinaan Keupayaan) atas usaha memperkasa komuniti terpencil di Pulau Banggi melalui literasi digital, latihan kemahiran dan peluang ekonomi.

"Ini merupakan satu pengiktirafan global terhadap usaha Malaysia merapatkan jurang digital, dan membina masa depan yang inklusif untuk semua," tegas beliau dalam satau hantaran dalam akaun Facebooknya pada 7 Julai 2025. - KitaReporters/Kenyataan Media


8
11
0
8
0
You will be interested