.
Setuju tak kalau penulis kata hari paling menakutkan kebanyakan pelajar ketika berada di sekolah rendah antaranya ialah kehadiran kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia terutamanya doktor gigi (dentist)?
Dengar sahaja doktor gigi nak datang, terus terbayang jarum tajam dan panjang menyucuk gusi. Ketar-ketir dibuatnya. Malah, ada pelajar yang menangis dan menyorok kerana takut.
Selain pemeriksaan gigi, ada juga aktiviti lain seperti pembelajaran menggosok gigi dengan betul. Setiap pelajar akan dapat satu batang berus gigi, cawan dan ubat gigi percuma (zaman penulis dulu).
Masihkah anda ingat bagaimana jururawat mengajar cara menggosok gigi dengan betul?
Jururawat sedang menunjukkan kepada pelajar-pelajar cara menggosok gigi dan berkumur dengan betul. - Kredit Foto: Google Image
Percaya atau tidak, ramai kalangan kita hari ini sebenarnya menggosok gigi dengan cara yang salah terutama bahagian akhir. Selepas gosok gigi, ramai kalangan kita akan berkumur. Cara itu sebenarnya salah!
Pasti ramai terkejut dengan fakta ini bukan?
Itulah fakta yang dikongsikan oleh seorang doktor obstetrisian dan ginekologi (pakar sakit puan), Doktor Patricia dalam temu bualnya bersama doktor gigi.
Dalam temu bual tersebut, doktor gigi tersebut menjelaskan bahawa kita tidak perlu berkumur selepas menggosok gigi. Kenyataan itu membuatkan Doktor Patricia dan kru terkejut apatah lagi netizen.
“Sebenarnya
selepas kita gosok gigi, kita tidak perlu berkumur. Hanya ludahkan sahaja. Tapi
saya tahu ramai yang tidak biasa dan selesa. Mungkin anda hanya perlu berkumur
sekali sahaja selepas gosok gigi,” jelasnya.
Perkongsian itu membuatkan ramai netizen terkejut dan keliru. Mereka tidak tahu selama ini tidak perlu berkumur selepas gosok gigi.
“Habis tu takkan
biarkan ada buih ubat gigi di dalam mulut?” tanya salah seorang netizen yang
keliru.
Manakala ada seorang netizen pula menjelaskan kaedah itu bagi memastikan fluorida tidak terbuang akibat berkumur. Fluorida dalam ubat gigi berfungsi mencegah kerosakan gigi.
“Tak perlu
berkumur. Jadi, kesan fluorida itu tahan lama pada gigi. Kalau terus berkumur
kebanyakan fluorida itu sudah keluar. Kalau gusi berdarah atau bengkak, periksa
dulu sebab apa. Floss gigi juga penting,” jelas netizen.
Tidak kurang juga
yang geli kalau tidak berkumur kerana sudah terbiasa berkumur selepas menggosok
gigi.
“Tak mampu doktor. Loya tekak. Memang tahu guna sikit je ubat gigi dan biarkan. Ketika gosokpun nak loya apatah tak berkumur,” kata netizen tersebut.