Insan & Komuniti 22 May, 2024

Tangani miskin bandar! LZS, 9 agensi adakan meja bulat! Ke arah minimumkan impak, pecahkan kitaran!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this


Kemiskinan bandar merujuk kepada individu atau isi rumah di kawasan perbandaran yang miskin dari segi kewangan serta pelbagai faktor, yang merangkumi aspek kesihatan, pendidikan, dan taraf hidup. 

Statistik kemiskinan di Negeri Selangor yang diambil daripada Jabatan Statistik pada Februari 2024  mencatat seramai 4,414 penduduk miskin tegar di Selangor manakala yang miskin sahaja dicatat seramai 24, 044 orang. Secara keseluruhannya jumlah masyarakat miskin di Selangor adalah seramai 28,458.

Sehubungan itu, Lembaga Zakat Selangor (LZS) dengan sembilan agensi mengadakan perbincangan meja bulat di Pusat Pengajian Pembangunan Ungku Aziz (Ungku Aziz Centre for Development Studies atau UAC) Universiti Malaya (UM) bagi melaksanakan Aspirasi Menangani Miskin Bandar dengan tema “Meminimumkan Impak, Memecahkan Kitaran”. Perbincangan itu diadakan  pada 8 Mei 2024 yg lalu.


Sabirin Sarbini memberi kata-kata aluan kepada peserta perbincangan meja bulat. 

Sembilan agensi  yang menyertai sesi perbincangan itu terdiri daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Selangor, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Malaysia (PLANMalaysia), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Yayasan ARBA (ARBA Foundation), Adab Youth Garage (AYG), dan Institut Penyelidikan Khazanah (Khazanah Research Institute atau KRI). 

Sesi telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZS, Sabirin Sarbini, dan diikuti dengan perkongsian definisi Miskin Bandar dan Indeks Kemiskinan Multidimensi Nasional (NMPI) oleh Prof. Datin Seri Dr. Suhaiza Hanim Dato' Mohamad Zailani, Pengarah UAC UM.


Arifah Ariffin (dua dari kanan), Ketua Pegawai Korporat dan Projek Khas LZS, serius membincangkan sesuatu.


Wakil dari Adab Youth Garage (AYG) salah satu agensi dalam perbincangan meja bulat Menangani kemiskinan Bandar.


Menurut Sabirin, objektif sesi ini ialah untuk membincangkan cabaran semasa dalam membasmi miskin bandar dan mengenal pasti intervensi bersesuaian yang boleh dilaksanakan secara kolaborasi bersama agensi-agensi terlibat. 

Beliau juga memberitahu penglibatan agensi-agensi kerajaan dalam sesi ini amat membantu dalam memastikan inisiatif yang diusahakan selari dengan misi kerajaan untuk menoktahkan kemiskinan tegar di Malaysia, dengan menyediakan jaringan sosial yang ampuh buat golongan yang kurang bernasib baik.  


CEO ARBA Foundation memberi saranan mengenai miskin bandar.


Sabirin juga berkata sesi perkongsian oleh agensi-agensi bukan kerajaan dengan pelbagai saranan dan perspektif baharu dalam usaha menangani miskin bandar memberi banyak input kepada pihak LZS untuk berkongsi maklumat dan perancangan yang terbaik yang dapat diguna pakai bagi membantu asnaf dan fakir di bandar.

Beliau juga berharap semoga usaha bersama ini diberi kemudahan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT bagi mengubah masa depan asnaf dan membantu kehidupan yg lebih baik dan terancang untuk golongan yang miskin bandar. 

LZS sentiasa peka terhadap masalah asnaf dan mereka akan membantu individu yang layak menerima bantuan. - KitaReporters


Antara wakil agensi yang hadir


10
8
0
9
0
You will be interested