Insan & Komuniti 15 Sep, 2023

Semoga Allah permudah! Jasmin Hamid jalani pembedahan! Mohon doa pulih daripada sakit kanser rahim!

@m. azim
I have nine years of experience in the media industry whereby previously I was working with Bernama TV, Utusan Malaysia, and Utusan Online . Other than that, I also published my book regarding journalism which is "Kewartawan Era Digital".

Share this


Pelakon Jasmin Hamid meminta agar orang ramai mendoakan kesihatannya, ia memandangkan dia akan menjalani pembedahan kecil bagi memulihkan dirinya daripada kanser rahim.

Menurut Jasmin, dia sudah dimasukkan ke hospital dan akan menjalani pembedahan minor sehari selepas itu.

"Hari ini (14/9/2023) saya masuk di hospital dan esok merupakan tarikh lahir saya, saya akan jalani pembedahan minor.

"Mohon doa daripada kalian untuk Allah lancar dan permudahkan semua prosedur pembedahan dan bebas kanser rahim," katanya menerusi laman media sosial instagram miliknya.

Dalam pada itu, Jasmin turut memberitahu dia tergores dengan kata-kata beberapa pihak yang memberikan komen negatif dengan mengutuk fizikalnya tanpa mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

Ujarnya, perubahan fizikal yang dialaminya adalah disebabkan masalah cyst dan hormon tidak menentu sehingga dia mengalami pendarahan pada rahim.

"Sebelum ini ramai yang kata saya dah gemuk sehingga ada kalanya kata-kata orang itu menggores perasaan saya tanpa bertanyakan tahap kesihatan saya.

"Tiada siapa pun dalam dunia ini nak gemuk termasuklah saya, jadi, hari ini saya reveal kenapa," ujarnya.



Bagaimanapun, pelakon berusia 50 tahun itu memberitahu dia telah memaafkan kepada pihak yang memberi komen negatif terhadap fizikalnya sebelum ini.

"Terima kasih pada yang sudi doakan kebaikan untuk saya dan saya kembalikan doa yang baik-baik juga untuk kalian," ujarnya.

Sementara ityu, meninjau ruang komen media sosial pelakon berkenaan, rata-rata peminatnya mendoakan kesihatannya agar pulih seperti biasa.

"Semoga Kak @jasminhamidjh sihat selepas ini.

"Get well soon @jasminhamidjh - KitaReporter

9
9
0
16
0
You will be interested