Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan hanya menjaga keselamatan dan keamanan negara tetapi juga bertungkus lumus turun padang pascabanjir.

Peserta terlibat berganding bahu bagi memastikan kawasan sekolah bersih seperti sediakala.
Kira-kira 100 anggota PDRM Kontinjen Kedah yang turut dibantu oleh Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis) Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok telah turun padang bergotong-royong membersihkan kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Hakim Teh, (SKHT), Pulau Timbul, Tunjang pada 1 Disember 2025.
Usaha yang dilaksanakan ini bagi membantu pihak sekolah yang terkesan selepas kejadian banjir,
sekali gus inisiatif ini berjaya meringankan beban serta mempercepat proses pemilihan kawasan yang terjejas dalam kejadian banjir.

Pembahagian tugas dilaksanakan supaya ia tidak bertindih antara satu sama lain.

Pelajar UUM dengan Polis Kedah berganding bahu membersihkan kawasan sekolah.
Syabas kepada SAC Datuk Nik Ezanee Mohd Faizal, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kontinjen Kedah; Superitenden Mohd Radzi Abdul Rahim, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu; dan Guru Besar Sekolah SKHT yang telah turut sama bersama para guru bagi memastikan sekolah bersih seperti sediakala. - KitaReporters

Anggota polis bertungkus lumus membersihkan kawasan sekolah pascabanjir.

Para guru tidak melepaskan peluang untuk sama-sama membantu termasuk menyediakan makanan untuk para sukarelawan.

Tags:
#gotong royong
#mangsa banjir
#Polis Diraja Malaysia (PDRM)
#Universiti Utara Malaysia (UUM)
#sekolah kebangsaan (SK)
#Polis Kedah
#pascabanjir
#aktiviti kebajikan
#Kor Sukarelawan Polis Siswa Siswi (Suksis)
#program kebersihan
#SK Hakim Teh
#Pulau Timbul
#Tunjang
#bersihkan sekolah
#Suksis UUM
#Nik Ezanee Mohd Faizal