Insan & Komuniti 09 Aug, 2025

Meet & Greet! Majlis temu mesra MaRMA dan caregiver! Kongsi kesukaran, pengalaman jaga pesakit mental!

@hariyati ariffin
Mantan Pensyarah Kanan , dalam bidang Kewartawanan, Penyiaran dan Komunikasi di UiTM Shah Alam.

Share this

NGO Kesihatan Mental MaRMA atau Malaysia Relief Mind Association telah mengadakan program "Meet and Greet" atau majlis temu mesra antara NGO MaRMA dan penjaga pesakit mental di sekitar Shah Alam. Berkenalan dengan caregivers yang selama ini hanya bertemu secara maya. - KitaReporters

Antara caregivers yang hadir.


Pada 13 July 2025 yang lalu, NGO Kesihatan Mental MaRMA atau Malaysia Relief Mind Association telah mengadakan program "Meet and Greet" atau majlis temu mesra antara NGO MaRMA dan penjaga pesakit mental di sekitar Shah Alam, Selangor. 

Seramai lebih 20 caregivers sekitar Selangor dan Melaka telah meluangkan masa menghadiri program berkenaan. Turut hadir adalah sukarelawan yang membantu MaRMA

Antara pengisian pertemuan berkenaan ialah untuk berkenalan dengan caregivers yang selama ini hanya bertemu secara maya dalam ruang media sosial WhatsApp untuk berkongsi pengalaman mereka dan meluahkan perasaan sukar menjaga pesakit mental yang hanya difahami oleh mereka yang melaluinya.. 

Selain memperkenal MaRMA kepada caregivers dan keluarga mereka, MaRMA juga sedang mengumpul keahlian dalam kalangan penjaga dan sukarelawan untuk menjadi ahli MaRMA. 

Setakat ini Marma hanya mempunyai 60 ahli berbanding lebih 200 yang telah masuk dalam dua group WhatsApp yang diwujudkan  oleh MaRMA.


Caregivers sedang berkongsi pengalaman.


Dalam pertemuan itu, turut diadakan adalah sesi luahan dan sesi ilmu baharu untuk bagaimana berhadapan dan berurusan dengan pesakit yang sukar dikawal. 

Persoalan makan ubat dan masalah penjagaan jika caregivers perlu bercuti atau menghadiri majlis penting juga dibincangkan.  

Ramai yang meluahkan kesukaran berhadapan dengan pesakit mental yang tidak mempunyai tempat latihan atau rehab untuk mengembalikan "kewarasan" mereka menjadi masyarakat atau individu yang normal. 

Kesukaran demi kesukaran itu menyebabkan ramai caregivers turut mengalami kesusahan menjalani kehidupan dengan tenang dan tidak berpeluang untuk bersosial selain terpaksa menjauhkan diri daripada masyarakat kerana pesakit mental perlu diaga dengan kawalan yang ketat dan disiplin tertentu,



Perjumpaan 3 jam itu telah dapat memberi banyak nilai tambah untuk Marma bagi meneruskan perjuangan membantu caregivers dan pesakit mental melalui kehidupan yang penuh cabaran. 

MaRMA merancang banyak aktiviti untuk mengutip dana bagi merealisasikan sebuah pusat latihan dan rehab (pemulihan) untuk pesakit mental seperti jenis skizofrenia.

Melihat sambutan yang agak menggalakkan, insya-Allah pada masa depan MaRMA akan mengadakan perjumpaan seumpama ini di luar Selangor pula  untuk bertemu caregivers di seluruh Malaysia. 

Semoga lebih ramai lagi yang sudi menjadi ahli MaRMA dan membantu NGO ini memperjuang nasib pesakit mental yang sering dilabel sebagai second class citizen dan kurang mendapat perhatian daripada pihak pihak tertentu. 

Untuk menjadi ahli MaRMA, sila click link ini: https://www.jotform.com/251216764791462 

Dan bagi mereka yang berminat atau berhasrat untuk memberi sumbangan kewangan kepada MaRMA, boleh melakukan perbankan online kepada akaun Maybank MaRMA bernombor 5621 0685 4804. - KitaReporters


Antara caregivers dan sukarelawan yang hadir di majlis pertemuan NGO MaRMA dan penjaga pesakit mental.

12
13
0
10
0
You will be interested