Insan & Komuniti 22 Oct, 2025

Macam-macam ada! Ada ondeh-ondeh! Di Festival Seni Selat Melaka & Festival Sungai Melaka! Jom kita!

Share this

Ayuh ke Festival Seni Selat Melaka dan Festival Sungai Melaka 2025 pada 24 hingga 26 Oktober 2025 kerana macam-macam ada.


Kereta lembu yang sukar ditemui zaman sekarang juga memberi ruang kepada orang ramai untuk mencuba menaiki kereta lembu.

Ondeh-ondeh yang juga makanan ringan orang dulu kini turut dipertanding.

Bertempat di Dataran Pengkalan Rama, Melaka sebanyak 30 aktiviti dan program menarik selama 3 hari berturut-turut menggamit para pengunjung termasuklah persembahan artis terkenal.

Penghasilan ondeh-ondeh terbanyak dan perarakan perahu berhias serta naik kereta lembu adalah antara program yang dijangka menarik perhatian ramai  pengunjung.


Joget zapin juga dipertanding dengan pelbagai kategori.

Pertandingan Ratu Kebaya turut membuka peluang kepada peminat kebaya untuk memperagakan koleksi masing-masing.

Selain itu busking dondang sayang, cabaran joget zapin terbuka, pertandingan ratu kebaya pelancongan serta busana 'Walk by the River' juga mengisi ruangan festival selama 3 hari tersebut.

Perahu Naga (dragon boat)- tug of war (perang daerah), kempen busana etnik serta pesta durian akan turut memenuhi slot festival.

Manakala pelbagai sukan rakyat samada yang tradisional mahupun yang  moden turut disediakan. Antaranya adalah dam aji, sepak raga, konda kondi dan pelbagai sukan rakyat. - KitaReporters


Konda-kondi antara sukan rakyat yang turut menyediakan hadiah lumayan untuk pemenang.

Perlumbaan Perahu Naga juga dijangka menarik perhatian ramai pada festival tersebut.

Dam Aji yang sememangnya tradisional akan turut dipertanding.
16
13
0
7
0
You will be interested