Insan & Komuniti 08 Sep, 2025

Tolong kami! Bantu Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rasyidin Alor Gajah! Siapkan masjid untuk pelajar!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Kerja amal kebajikan yang dilakukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membabitkan pelbagai faktor termasuklah untuk membentuk individu yang lebih baik khusus dalam kalangan ahli supaya mempunyai empati dan kepimpinan kepada membantu meningkatkan kualiti hidup seperti komuniti.



Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rasyidin di Alor Gajah, Melaka yang sedang dalam pembinaan pada awal 2025.


NGO yang aktif malah berwibawa akan membantu memperkasakan masyarakat mereka termasuklah pertubuhan atau organisasi yang memerlukan bantuan seperti mencari sumbangan dana, barangan keperluan asas harian apabila menghadapi kesempitan. 

Usaha NGO berkenaan juga turut membantu menguar-uarkan kepada masyarakat, organisasi, badan-badan korporat serta individu dermawan untuk turut serta berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan bagi menyempurnakan sesuatu usaha untuk manfaat semua.

Sehubungan itu, Pertubuhan Kebajikan Amal Syumul (Perkas), Kuala Lumpur, mengadakan kolaboratif dengan Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rasyidin di Alor Gajah, Melaka, untuk membantu menyiapkan pembinaan masjid di madrasah berkenaan.

Pengerusinya, Za’aba Ab Ghani, usaha kolaboratif itu adalah kerja amal kebajikan Perkas bagi membantu madrasah mencari dana untuk menyiapkan keseluruhan masjid berkenaan yang sudah melalui proses pembinaan sejak satu tahun lapan bulan lalu.


Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rasyidin Alor Gajah, Melaka, akan dibuka untuk kegunaan pengguna lebuh raya berdekatan.


Menurutnya, masjid itu sudah sampai pada peringkat untuk menyiapkan kerja plaster dinding, wiring, pemasangan karpet dan beberapa kemudahan asas lain seperti kipas, penghawa dingin, pembesar suara, sistem siaraya, lampu dan sebagainya.

Jelasnya, hasil perbincangan dengan penasihat madrasah itu, Dr Md Shariff M Haniff, mereka masih memerlukan bantuan kewangan RM500,000 iaitu perbelanjaan yang diperlukan untuk menyempurnakan pembinaan masjid berkenaan secara keseluruhannya.

Tambahnya, walaupun pihak pengurusan madrasah sudah melakukan pelbagai usaha bagi mencari sumbangan dana dan penginfak dalam pelbagai sektor atau organisasi namun ia belum mencukupi bagaimanapun ia mendapat reaksi serta menerima sokongan amat baik.

“Selepas melalui beberapa sesi perbincangan Perkas mengambil inisiatif untuk membantu madrasah ini dengan menggunakan platform sedia ada khusus media sosial untuk menguar-urakan perkara berkenaan di samping memanjangkan kepada pihak yang sering bersama membantu dalam kerja kebajikan,” ujar Za'aba.


Rakaman dari udara menunjukkan keseluruhan kawasan madrasah berkenaan yang sudah beroperasi sejak 21 tahun lalu.


Za’aba berkata, pertubuhan itu yakin usaha berkenaan akan mencapai kejayaan berdasarkan pengalaman melakukan pelbagai kerja kebajikan membantu komuniti seperti mengedar Al-Quran berserta terjemahan kepada institusi yang memerlukan termasuklah sekolah agama, pusat tahfiz, rumah ngaji, rumah anak yatim dan sebagainya.

Tambahnya, serupa bantuan bakul makanan, pampers pakai buang orang dewasa di samping free market (pasar percuma) yang dilaksanakan adalah hasil kerjasama banyak pihak yang ingin bersama Perkas membantu komuniti atau mereka yang memerlukan bantuan khusus untuk kelangsungan hidup.

“Apabila pihak pengurusan madrasah ini memerlukan bantuan Perkas, kami akan berusaha setakat termampu untuk turun padang bagi berjumpa pihak berkenaan terutama korporat, ahli perniagaan yang berjaya serta dermawan untuk menginfak dana bagi meringankan bebanan menyiapkan pembinaan masjid itu,” katanya lagi.


Masjid yang kini dalam proses penyiapan apabila siap sepenuhnya akan menyediakan pelbagai kemudahan termasuk untuk dimanfaatkan komuniti sekitar.


Sementara itu, Dr Md Shariff, berkata buat masa sekarang, setiap hari Jumaat pihak pengurusan madrasah terpaksa menyewa sebuah bas untuk mengangkut pelajar menunaikan solat fardu Jumaat di masjid berdekatan dan mulai timbul kesedaran daripada membuang perbelanjaan adalah lebih baik membina masjid di kawasan madrasah. 

Menurutnya, atas kesedaran itu kami sependapat juga selepas beroperasi selama 21 tahun adalah amat wajar memiliki masjid sendiri yang boleh dibina berdekatan dengan blok madrasah untuk kegunaan pelajar, mengadakan kelas pengajian dan aktiviti agama serta pelbagai kemudahan bagi dimanfaatkan komuniti sekitar.

Tambahnya, selepas berjumpa dan memaklumkan kepada Perkas akan keperluan madrasah menyiapkan pembinaan masjid dua tingkat, pertubuhan berkenaan memberi persetujuan untuk membantu mencari dana supaya kerja pembinaan tidak tergendala.

Jelasnya, madrasah itu juga sudah menghantar surat permohonan memohon sumbangan dana kepada pelbagai pihak dan organisasi untuk berkongsi rezeki termasuk menguar-uarkan kepada komuniti setempat yang sering membantu namun jumlah yang diperlukan belum mencukupi.

“Saya juga mengalu-akukan kepada sesiapa sahaja untuk datang melihat proses pembinaan masjid ini bagi mendapatkan gambaran sebenar yang mungkin juga membuka peluang untuk menyumbang kelengkapan bersesuaian untuk masjid ini,” ujarnya.


Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rasyidin Alor Gajah, Melaka, dalam proses pembinaan terakhir masih memerlukan sumbangan dana daripada pelbagai. 


Untuk menyumbang kepada madrasah ini orang ramai boleh salurkan ke akaun Maybank bernombor 5540 4453 0076 atau CIMB bernombor 76055 09426 atas nama Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar-Rasyidin. 

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Dr Md. Shariff menerusi nombor telefon 016-631 5305 (untuk panggilan dan SMS sahaja) serta 016-729 5305 (WhatsApp). - KitaReporters

11
16
0
12
0
You will be interested