Insan & Komuniti 15 Sep, 2025

Peruntukan RM21j disalurkan untuk Sabah! RM11j melalui kerajaan negeri! RM10j menerusi NADMA! - PM

@ketua editor
Ketua Editor KitaReporters.com... Boleh hantar emel kenyataan media atau berita dan story ke [email protected] atau [email protected]

Share this

Peruntukan sebanyak RM21 juta disalurkan untuk rakyat Sabah ekoran bencana banjir dan tragedi tanah runtuh yang berlaku di Negeri di Bawah Bayu itu.



Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau amat terkesan akan dampak bencana banjir yang sedang melanda negeri Sabah pada saat ini. 

"Oleh itu, selain daripada peruntukan sebanyak RM11 juta yang telah disalurkan melalui kerajaan negeri, saya telah meluluskan peruntukan segera sebanyak RM10 juta.

"Peruntukan segera ini akan disalurkan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi diberikan terus kepada mangsa yang terkesan untuk pembaikan segera kemudahan asas. 

"Kerajaan Madani akan memastikan setiap keluarga yang terkesan untuk segera menerima bantuan," jelas beliau.

Menurut laporan terkini, sebanyak lapan daerah di Sabah dilaporkan terjejas dengan bencana banjir dan tanah runtuh susulan berlakunya hujan tanpa henti sejak 8 September 2025 lalu. 

Terdapat sebanyak 11 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang aktif beroperasi, menempatkan sejumlah lebih 220 keluarga, melibatkan seramai kira-kira 863 orang mangsa. 

Sementara itu, polis melaporkan, setakat hari ini, 15 September 2025, seramai tujuh mangsa dilaporkan maut, manakala dua lagi masih hilang dalam dua kejadian tanah runtuh berasingan di Inanam dan Papar di Kota Kinabalu.



sehubungan itu, menurut Anwar, beliau juga telah mengarahkan seluruh jentera Kerajaan Madani digerakkan dengan segera untuk membantu rakyat yang terjejas agar bantuan dapat sampai tanpa sebarang gangguan. 

"Keutamaan kita adalah memastikan keselamatan, kebajikan dan kelangsungan hidup mangsa banjir dibela sebaiknya dengan tumpuan segera," tambah Anwar.

Beliau menyeru semua pihak bersatu dan berpadu tenaga serta mengutamakan semangat ihsan demi membantu rakyat seluruhnya. 

"Zahirkan semangat kebersamaan dan kepedulian serta tanggungjawab bersama dalam menempuh ujian dahsyat ini," jelas beliau lagi. - KitaReporters/Kenyataan Media

11
17
0
10
0
You will be interested