Insan & Komuniti 27 Oct, 2022

Video| Apa punya ibu! Rantai, kurung dua anak kecil sendiri! Konon sebagai pengajaran kerana nakal!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


PROSES membesar anak bukanlah tugas mudah, pasti mempunyai cabaran tersendiri. Justeru, proses tersebut sangat memerlukan kesabaran untuk mendidik bagi menjadi manusia.

Namun di Tabunan, Indonesia sangat mengejutkan sehingga kisah berkenaan menjadi tular dalam media sosial apabila seorang ibu muda yang berusia 40 tahun tergamak memperlaku kekasaran terhadap anak-anak kandungnya sendiri.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kes-kes penderaan


Memetik portal berita news.okezone.com, wanita yang dikenali sebagai UDW itu sanggup memperlaku dua anak kandungnya sendiri seperti binatang dengan merantai dan mengurung anaknya sendiri di dalam rumah.

Lebih menyedihkan lagi, kedua-dua anak-anak yang berusia tiga dan enam tahun itu dibiarkan bersendirian dalam keadaan gelap

UDW bagaimanapun mendakwa tindakan berkenaan sengaja dilakukan untuk memberi pengajaran kepada si kecil tersebut kerana terlalu nakal.



Kejadian penderaan itu terbongkar apabila seorang penduduk yang dikenali sebagai Sunardi mendengar tangisan kanak-kanak ketika dalam perjalanannya ke masjid, pada kira-kira 7.30 malam pada hari Sabtu, 22 Oktober 2022, lalu.

Sunardi kemudian memberanikan diri memanjat pagar dan alangkah terkejutnya dia melihat dua beradik tersebut hanya memakai lampin yang berada di tepi tingkap rumah. 

Malah, ketika dua orang kanak-kanak itu dijumpai, mereka telah dililit dengan rantai besi pada bahagian leher, manakala tangan dan kaki turut diikat



Terkejut melihat keadaan kedua-dua si kecil, Sunardi terus menghubungi pasukan polis yang tiba dan terus menyelamatkan kanak-kanak malang berkenaan. 

Pasukan polis juga turut menahan ibu kandung berkenaan kerana bertindak sedemikian kepada dua anak kecilnya.

Sementara itu, pegawai siasatan jenayah polis Tabanan, AKP Aji Yoga berkata, hasil siasatan tindakan merantai kanak-kanak dilakukan oleh wanita berkenaan bersama teman lelakinya yang dipercayai tinggal serumah dengannya sejak empat bulan lalu. 

Malah dalam serbuan ke rumahnya di kampung Paken di Tabanan, Bali, pasukan polis turut menemukan sepasang rantau besi berukuran dua meter dan empat mangga kunci.



Kedua -dua suspek kini masih  ditahan oleh pihak polis dan disiasat di bawah akta perlindungan kanak-kanak.

Tergamak sungguh memperlaku anak-anak kecilitu dengan perbuatan berkenaan, mana hilangnya belas kasihan sebagai seorang ibu.

Itu bukan tindakan mendidik tetapi mendera namanya! - KitaReporters


8
12
0
13
0
You will be interested