Insan & Komuniti 22 Jun, 2023

Tolong kami! Bantu sekolah tahfiz AlKitab! Santuni anak yatim! Sediakan pendidikan agama, akademik!

@rosdi ismail
Berpengalaman sebagai pemberita bersama Berita Harian (BH) bermula pada tahun 1985 hingga 2017. Pada tahun 1991, diserapkan dalam unit penyunting BH di Bangsar, Kuala Lumpur. Kemudian, pada tahun 1997 dipindahkan ke unit pendidikan BH sebagai penyunting

Share this

Bangunan kompleks Stay AlKitab yang tersergam indah dibina hasil sumbangan derma, wakaf, infak orang ramai dan pelbagai pihak.


SEKOLAH Tahfiz Anak Yatim AlKitab (Stay AlKitab), Beranang, Selangor turut mengutamakan pendidikan akdemik kepada pelajar-pelajarnya sebagai jaminan masa depan di samping memiliki pengetahuan mendalam bidang agama.

Stay AlKitab mahukan pelajarnya mencapai kecemerlangan dalam bidang agama iaitu ilmu naqli dan akedamik (aqli) bergerak selari yang akan menjadikan mereka mampu bersaing dan membina kerjaya lebih baik.

Pengetuanya, Ahmad Asmadi, berkata Stay AlKitab membina serta menitikberatkan keseimbangan dalam bidang pengajian agama serta akademik supaya pelajar cemerlang dunia dan akhirat yang akan dimanfaatkan untuk membimbing orang lain pula.


Orang ramai menjamu selera pada Majlis Kesyukuran dan Silaturahim Stay AlKitab, di Beranang, Selangor, di samping untuk mengenali lebih dekat pusat pengajian agama itu pada 18 Jun 2023.


Menurutnya, bagi menyempurnakan tujuan itu pelajar berumur 16 tahun ke atas diberi pilihan serta dihantar untuk mengikuti kelas tuisyen lima subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Sains, Sejarah dan Pendidikan Islam bagi menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jelasnya, jika pelajar terbabit kurang berjaya dalam SPM, Stay AlKitab akan terus membantu mereka untuk mengikuti pendidikan dalam bidang kemahiran pula supaya terus cemerlang bagi menjamin masa depan dan tidak tercicir di pertengahan jalan.

“Dengan tenaga pengajar 15 orang membabitkan guru al-Quran dan hafiz, serta subjek Bahasa Arab, Inggeris, Matematik, Sains, Kafa, Fardu Ain, akademik dan kemahiran, Stay AlKitab beryakinan usaha ini berjaya dilaksanakan di samping dapat memenuhi impian pelajar terbabit serta ibu bapa dan penjaga,” ujarnya ketika ditemui pada Majlis Kesyukuran dan Silaturahim Stay AlKitab pada 18 Jun 2023.


Orang ramai melihat pelbagai barangan kraf tangan hasil buatan pelajar Stay AlKitab yang dijual sempena majlis itu.


Ahmad berkata, Stay AlKitab mula beroperasi 12 tahun lalu dengan 10 pelajar dalam kalangan anak yatim yang kematian bapa serta mereka daripada keluarga asnaf dan B40 datang dari beberapa negeri khusus sekitar Lembah Kelang serta Selangor.

Menurutnya, atas inisiatif sendiri bersama ahli keluarga dia berusaha membina sebuah bangunan kompleks setinggi tiga tingkat bermula awal 2019 di atas tanah pusaka dengan mengumpul dana hasil sumbangan derma, wakaf serta infak daripada orang ramai dan pelbagai pihak.

Tambah beliau, dengan terbina bangunan yang dilengkapi pelbagai kemudahan asas itu, menguatkan lagi keazamannya untuk terus membela nasib anak yatim supaya mereka tidak terbiar tanpa ilmu yang bermanfaat selain tercicir dalam pelajaran.

Jelasnya, sehingga sekarang jumlah pelajar sudah meningkat kepada 25 orang dan mereka menunjukkan minat begitu mendalam untuk mempelajari bidang agama terutama hafiz al-Quran dengan bimbangan tenaga pengajar berpengalaman.

“Bagi menampung kos operasi kami masih mengharap sumbangan derma, wakaf serta infak daripada orang ramai untuk berkongsi rezeki yang turut menjadi bekalan di akhirat,” ujar Ahmad.

Kepada mereka yang berhajat menghulurkan sumbangan boleh melakukannya menerusi nombor akauan Bank Islam - 1219 5010 001587 (Sek. Tahfiz Anak Yatim ALKitab) atau akaun Maybank Islamic – 5625 2650 8931 (Sekolah Tahfiz Anak Yatim AlKitab). - KitaReporters

Pengetua Stay AlKitab, Ahmad Asmadi

35
15
0
11
0
You will be interested