Insan & Komuniti 15 Jun, 2020

Kisah cinta? Isteri bermotor KL-Ipoh! Tapi suami berkereta?

@amirul
Pernah berkhidmat sebagai wartawan. Meminati bidang pertulisan dan akan terus menulis selagi mana ada peluang dan ruang.

Share this

UNTUK membuktikan wujudnya kasih sayang serta sebuah kisah cinta yang indah bukan ketika kita senang tetapi pada saat kita diuji bersama pasangan, detik ini yang akan memainkan peranan apakah kita mampu atasi atau mengalah lalu menyalahkan satu sama lain. Cinta itu tidak boleh wujud hanya dengan lafaz tetapi perlu dibuktikan dengan tindakan agar pengorbanan itu akan lebih manis. : KitaReporters

Kredit foto: IG Mohafirdaus


Buktinya? Terlalu banyak jika ingin kita bongkarkan satu per satu kisah cinta pasangan suami isteri ini. 


"Kan kucerita pada semua

Kisah cinta antara kau dan 'ku

Agar semua tahu

Dan tak akan dekati dirimu

Andainya mampu 'kan kuukir

Namamu dan namaku di bulan

Agar satu dunia melihat

Restui cinta kita"

- Hafiz Suip


Salah satu contoh boleh kita lihat adalah melalui video ini. 

Kredit video Twitter Firdaus Ibrahim 


Firdaus Ibrahim telah berkongsikan kisah cinta antara mereka di mana isterinya, Siti Fatimah Mohd Nor sanggup menunggang motosikal dari Kuala Lumpur motorsikal ke Ipoh setelah 3 bulan motosikal tersangkut di sana. 

Isterinya tidak berseorangan tetapi ditemani suaminya yang mengekori isterinya dari belakang melalui kereta. 

Ehh kenapa isteri yang menunggang? Kenapa bukan suami? 

Kenapa suami dia bawa kereta sanggup biarkan isteri menunggang motosikal? Bahaya itu, apa ini suami? 

Kredit gambar Twitter Firdaus Ibrahim. 


Sabar wahai warganet, jangan terus membawang tanpa usul periksa, ketahui kisah sebenar. 

Kalau ye pun, kita hanya melihat video pendek itu sahaja, berbanding pasangan ini yang melaluinya. 

Ada asbab kenapa itu terjadi. 

Firdaus mengalami lumpuh separuh badan, bagaimana hendak menunggang motosikal? Membawang itu memang mudah. Nak lalui itu, tak semudah meleparkan komentar di media sosial. 

Firdaus juga ada kongsikan beberapa lagi video yang menunjukkan pengorbanan isteri beliau. 

"Selfie terakhir dekat trafik lights sebelum masuk simpang rumah. Kecik, kuat, kiut," tulis Firdaus. 

Kredit Twitter Firdaus Ibrahim 


Firdaus Ibrahim bersama pasangan hidupnya, Fatimah membuktikan pengorbanan suami isteri perlu ada untuk mengeratkan lagi kasih sayang antara satu sama lain.

Ujian yang datang itu untuk melihat sekuat mana ikatan kisah cinta kita. 

Tidak guna beromongan sanggup ku renang lautan apj jika ujian kecil datang sudah mengalah. - KitaReporters

5
4
0
0
0
You will be interested