Insan & Komuniti 27 Jan, 2021

Majikan yang baik! Faham tekanan staf! Hasniza sediakan taska, pengasuh percuma di pejabat!

@noraini wahab
Dedicated mommy. Suka menulis dan masih menulis.

Share this


Majikan yang baik, satu dalam seribu.

Dipilih menjadi khalifah Allah, tidak semudah yang difikirkan. Bukan sekadar duduk di bilik besar, atas kerusi empuk. Hujung bulan, kira keuntungan yang masuk. Tanggungjawab yang dipikul lebih daripada itu. 

Daripada soal gaji, kebajikan sehinggalah memenuhi keperluan emosi pekerja. Namun tidak semua punya rezeki ditakdirkan mempunyai majikan yang memahami.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan taska:

https://kitareporters.com/search?search=taska



Lain pula ceritanya dengan Pengarah Eksekutif Ana Global Ventures Sdn Bhd, Hasniza Hassan, sebolehnya dia cuba memenuhi segala keperluan pekerja yang berkhidmat dengannya terutama bagi mereka yang mempunyai anak kecil.

Jelas Hasniza, kos pengasuh yang tinggi dan kesukaran mendapatkan pengasuh yang serasi menyebabkan dia dan suami nekad menyediakan perkhidmatan taska secara percuma buat pekerja. Malah jelasnya, tiada had bilangan anak ditetapkan, semuanya ditanggung oleh pihak syarikat.

Tambah pengasas Qaseh Health Resources Sdn Bhd ini lagi, dia mahu membina ikatan emosi antara ibu bapa dan anak-anak, yang secara tidak langsung akan meningkatkan lagi produktiviti sewaktu bekerja.



Ikuti perkongsiannya dalam laman Facebook:

“Bestnya ada nursery percuma. Ini feedback yang selalu Kak Has dapat daripada staf yang bekerja di kumpulan Ana Global Ventures, walaupun staf yang masih bujang.

"Kak Has anggap staf seperti keluarga sendiri dan faham macam mana susahnya mak ayah nak tinggalkan anak-anak di rumah pengasuh.

"Bukan saja dari segi kos yang makin meningkat, tapi juga dari aspek nak mendapatkan penjaga yang serasi dan boleh dipercayai. Lepas tu kena berkejar waktu balik untuk ambil anak, kalau lambat terpaksa bayar OT.

"Sebab itu Kak Has dan suami menyediakan nursery di tingkat 2 pejabat kami untuk memudahkan staf. Alhamdulillah sejak tahun 2015 dah beroperasi. Walau berapa pun orang anak dihantar, semuanya percuma.


"Kak Has nak semua mak ayah yang bekerja dengan kami rasa selamat dan tenang apabila anak-anak ada dekat dengan mereka. Yang masih menyusu pun boleh menunaikan tanggungjawab dengan tenteram dan selesa. Ada apa-apa, jenguk sahaja di atas. Kalau rindu, tak sampai 5 minit dah boleh peluk cium anak.

"Alhamdulillah pengasuh yang kami panggil nenek memang bijak melayan anak-anak dekat sini. Bulan 2 ni akan bertambah seorang lagi 'nenek' bagi memenuhi keperluan cucu yang bertambah hehe.

"Insya Allah bila staf gembira, secara tak langsung produktiviti pun meningkat dan kami pun tak perlu banyak beri arahan. Mereka tahu tugas masing-masing dan amanah yang perlu disempurnakan.

"Untuk stokis dan rakan niaga aka rania syarikat pula, memang ada bilik khas untuk menempatkan anak-anak yang terpaksa dibawa mengikut mak dan ayahnya training di Dewan Seminar syarikat.

"Ada bilik untuk anak-anak bermain, ada juga bilik menyusu kerana dari dulu kami di kumpulan Ana Global Ventures sangat menyokong penyusuan susu ibu.


"Kak Has selalu mendoakan moga keluarga ANA ini terus bahagia dan maju ke hadapan bersama-sama, insya Allah menjadi pasukan yang mampu memartabatkan ekonomi ummah serta memberi manfaat kepada agama dan masyarakat.," kongsinya.

Mudahkan urusan orang, insya-Allah Allah akan permudahkan kembali urusan kita. Berpeganglah pada kata-kata, dalam rezeki kita pasti ada rezeki orang lain. - KitaReporters

Sumber : Facebook Hasniza Hassan

3
1
1
0
0
You will be interested