RAMAI yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, lagi-lagi mereka yang dibuang kerja. Hendak menanggung isteri dan anak-anak di rumah dari segi keperluan asas dalam kehidupan dengan kewangan yang sangat terhad.
Oleh itu, ramai orang terpaksa mengibar bendera putih kerana sangat-sangat memerlukan bantuan untuk meneruskan hidup.
Namun tular sebuah video, di mana para peminat Datuk Seri Vida (DSV) bertanya kepadanya untuk meminta sumbangan makanan sejak PKP ini kerana ramai yang terjejas sehingga tak boleh membeli susu dan pampers anak lagi.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan DSV
Apa yang dijawab Dato Seri Vida membuatkan ramai yang kecewa dengan jawapannya. Katanya, janganlah guna alasan PKP pendapatan terjejas nak beli lampin pakai buang pun tak boleh.
Video Tiktok ini memaparkan beliau sedang membeli makanan yang dijual oleh seorang pemuda di hadapan rumahnya sambil menjawab pertanyaan daripada seorang pengikutnya yang ingin memohon bantuan makanan.
"Janganlah guna alasan PKP pendapatan terjejas nak beli pampers anak tak boleh, usaha. Tengok adik ni usaha. Pendapatan RM200-RM250 sehari kau mampu?
"Janji ada keinginan, janji ada usaha dan yang pentingnya kena bersih dan menu sedap. Saya singgah ni sebab bersih. Keinginan perlu ada, usaha jangan malas.
"Jangan berharap bendera putih sahaja."
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen berasa kurang senang dengan pendapat Vida itu. Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan jika tidak mahu membantu tidak perlu memperlekehkan mereka yang susah.
Para netizen juga mengatakan berkemungkinan kempen bendera putih adalah pilihan terakhir mereka yang susah. Sedangkan makanan pun tiada, bagaimana nak ada modal untuk berniaga. - KitaReporters