Insan & Komuniti 12 Aug, 2020

Kamala Gergasi! The Ugandan Giant tewas dek Covid, diabetes!

@abdul hafiz ahmad
Wartawan Utusan Malaysia 1997-2019, menyertai akhbar mingguan tabloid Buletin Utama dan Harian Watan 1994-1996. Tetamu Sebelum Wisel, Wisel Penamat, Planet Sukan, Stadium Angkasa, Selamat Pagi Malaysia (RTM); Kafe Sukan, Nadi Arena (Astro Arena) dan Ruang Bicara (Bernama TV). Pemenang Peraduan Penulis Sukan Piala Asia AFC 2007 dan Ahli Jawatankuasa Pemilihan Anugerah Sukan Negara 2008-2017. E-mel: [email protected]

Share this

Kamala ‘The Ugandan Giant’ atau nama sebenarnya, James Harris, pergi selama-lamanya pada 9 Ogos 2020 lalu pada usia 70 tahun dipercayai kerana sesak nafas akibat pandemik Covid-19 dan komplikasi penyakit kencing manis (diabetes) yang dihidapi sejak 2011 lagi. : KitaReporters

KAMALA, gimik gergasi rimba primitif Afrika ini diilhamkan Jerry 'The King' Lawler. - Kredit foto WWE.


Lagi cerita-cerita berkaitan gusti:

https://kitareporters.com/search?search=gusti


  • “MINATNYA untuk menghiburkan penonton tiada tandingannya.” - Hulk Hogan, bekas juara World Wrestling Federation/Entertainment (WWF/WWE) dan World Championship Wrestlng (WCW) 11 kali.
  • “Sentiasa menjayakan perlawanan demi peminat. Si lelaki besar yang baik dan menghayati gimik lebih baik daripada kebanyakan penggusti.” - The Iron Sheik, bekas juara WWF 1983.
  • “Amat menakutkan di gelanggang, juga amat baik hatinya dalam kehidupan sebenar. Pernah terpukulnya sampai patah gigi. Saya minta maaf tetapi katanya, gigi itu memang hendak dicabut pun tetapi saya sudah jimatkannya AS$30 kerana pukulan itu.” - The Blue Meanie, bekas penggusti Extreme Championship Wrestling (ECW) dan WWF/WWE.

THE Blue Meanie (kiri) mengulas sisi kelakar Kamala ketika mereka bergusti. - Kredit foto WWE.


Petikan kata-kata pada laman sosial ahli-ahli gusti yang pernah bertarung dengannya ini, menggambarkan siapa Kamala ‘The Ugandan Giant’ atau nama sebenarnya, James Harris yang meninggal dunia pada 9 Ogos 2020 lalu.

‘The Ugandan Headhunter’ yang berdasarkan bekas diktator negara itu, Jeneral Idi Amin, pergi selama-lamanya pada usia 70 tahun dipercayai kerana sesak nafas akibat Covid-19 dan komplikasi penyakit kencing manis (diabetes) yang dihidapi sejak 2011 lagi.

Harris yang turut telah kehilangan kedua-dua kakinya dari paras bawah lutut pada 2011 dan 2012 kerana diabetes, dipercayai dijangkiti wabak Covid-19 ketika mengunjungi pusat rawatan dialisis buah pinggang, kata isterinya, Melissa Guzzman.

Sebagai Kamala, dia mengecat muka dan badannya, membawa lembing dan perisai malah bercawat ala puak primitif Afrika, gemar menampar-nampar perut boroinya dan berkaki ayam di gelanggang.

Gelanggang WWF/WWE menyaksikan aksinya secara berkala mengikut kontrak pada 1984, 1986 hingga 1987, 1992 hingga 1993, 2001 dan 2004 hingga 2006. 

Mendiang yang dilahirkan pada 28 Mei 1950 di Senatobia, Mississippi merupakan warganegara Amerika Syarikat bahkan dalam satu wawancara Bleacher Report 2014, memberitahu, “saya tidak pernah pergi ke Uganda.”

Gimik gergasi setinggi 2.01 meter dan seberat 172 kilogram itu katanya, diilhamkan oleh Jerry ‘The King’ Lawler, lawan yang ditewaskannya untuk meraih kejuaraan heavyweight dunia gabungan United States Wrestling Association (USWA) dari 1990 hingga 1992.

KAMALA, penggusti yang digeruni dan kanan, James Harris, pendukung gimiknya.


Harris benar-benar menghayati watak dan perwatakan Kamala yang seolah-olah tidak tahu berbahasa Inggeris, hanya kerap berbisik dan mengangguk kepala untuk mendapatkan nasihat ‘jurulatihnya’, Kimchee (lelaki bertopi dan bertopeng serta berbaju ala renjer hutan).

Biarpun kerap bertarung dengan nama-nama besar gusti pro seperti Hogan, Andre The Giant, The Undertaker, Harris pernah memberitahu media Tampa Bay Times: “Orang ramai fikir saya dapat berjuta-juta dolar kerana menentang mereka.

“Itu tidak benar. Sukan hiburan ini bagus tetapi wangnya bagi saya, tidak,” kata bekas pemandu trak ini yang turut memiliki nama glamor gusti lain seperti Bad News Harris, Kimala, The Mississippi Mauler dan Sugar Bear Harris.

Menggantung ‘cawat gustinya’ pada 2010, Harris mendakwa dia hanya beroleh AS$15,000 sedangkan The Undertaker dibayar WWE berlipat kali ganda bagi ‘Pertarungan Keranda’ SummerSlam 1992 antara mereka di Ohio.

Mendiang juga sempat menghasilkan buku autobiorafi berjudul ‘Kamala Speaks’ (Kamala Bercakap) yang ditulis bersama rakan pengurus gustinya, Kenny Casanova. - KitaReporters

BUKU autobiografi 'Kamala Speaks' (Kamala Bercakap) setebal 352 muka yang diterbitkan pada 2014. 


0
0
0
0
0
You will be interested