Kisah Insan 31 Jul, 2020

Guna bola gelembung gergasi! Kaedah elak penularan COVID-19

@zuhayati yazid
Bekas wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Ibu Pejabat di Jalan Chan Sow Lin dan biro Kuala Terengganu.

Share this

MENJALANI kehidupan dengan norma baharu bukannya mudah untuk dipatuhi kerana selama ini, kita bebas bergaul dengan sesiapa dan di mana sahaja. Dalam fasa awal pelbagai kaedah digunakan untuk memutuskan rantaian COVID-19. Terbaru seorang pemuda dari Belgrave Victoria, Australia tampil dengan idea tersendiri bagi mengamalkan penjarakan sosial. : KitaReporters

IDEA berbeza seorang pemuda Australia membuatkan orang ramai spontan tersenyum dengan cara pelik dalam melindungi daripada COVID-19. - Kredit foto: Dailymail.com


Lagi cerita-cerita dari Australia:

https://kitareporters.com/search?search=australia


Namun kaedah yang digunakan kelihatan agak tidak relavan dan lucu. Apa tidaknya, pada masa ketika ini sudah ramai orang memakai penutup muka semasa berada di tempat awam dan mengamalkan penjarakan sosial. 

Dia pula muncul dengan kaedah berbeza iaitu menggunakan bola gelembung ketika berada di tempat awam

Pelik kan?? 

Kredit foto: Daily Mail UK


Tapi itulah realiti yang berlaku kepada seorang penduduk di bandar Belgrave yang terletak kira-kira 47 kilometer di timur Melbourne.

Lelaki berkenaan yang dipetik laporan Dailymail.com dilihat menggunakan bola gelembung gergasi sebagai langkah mengelak penularan COVID-19.

Dia yang memasuki gelembung gergasi itu bebas berjalan di bandar berkenan tanpa memakai kasut atau pelitup muka.


Tak lemas ke duduk dalam gelombong bebola tu lama-lama??

Dalam video yang tular oleh penduduk, pemuda tersebut menjerit sambil melaungkan aksinya lucu.

“Sayalah orangnya yang berada dalam gelembung!” laungnya di tengah jalan dengan gaya selamba.

Keadaan itu membuat semua orang yang memerhatikannya  tersenyum melihat gaya yang pelik itu.

Langkah berkenaan dibuat ketika Victoria mencatatkan jumlah kes positif terus meningkat kepada 532 dengan enam kematian yang terdiri daripada warga emas.

BERSAHAJA dengan gaya yang dilakukan ketika mengelilingi bandar berkenaan dengan cara tersendiri, baru-baru ini. 


Menerusi kes berkenaan, 44 orang kini sedang di rawat di unit rawatan rapi (ICU) di beberapa buah hospital negara tersebut.

Victoria sebelum ini, tidak mewajibkan penduduknya memakai pelitup muka, walaupun Ketua Pegawai Kesihatan menyaran serta menggalakkan penduduk menggunakan pelitup muka, selain mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kebersihan diri di tempat awam.

Keadaan merisaukan itu  bakal menyaksikan, Perdana Menteri Australia, Daniel Andrews menutup semua industri dalam sekatan terbaharu yang dikenakan. - KitaReporters 

You will be interested

Wanita selingkuh dihukum gendong suami! Polis tahan 7 orang!

Wanita didakwa curang itu dipaksa mengendong si suami keliling kampung. Beberapa prang penduduk pula memukul wanita itu malah melemparnya dengan tayar terpakai

Fasha Sandha selamat bersalin! Aidil Aziz ambil cuti sebulan

Fasha Sandha selamat melahirkan bayi perempuan pada 7 Ogos 2020. Aidil Aziz pula akan mengambil cuti selama sebulan untuk menjaga dan menemani Fasha berpantang
Fauzan Uda Ahmad in Kisah Insan 4 hours ago

Terbaik Azren Farhan! Bantu asnaf miliki kaki palsu percuma!

Azren Farhan menubuhkan Kedidi Global Enterpris pada 2017 dengan bertujuan untuk membuat kaki palsu pada harga mampu milik dan percuma kepada golongan asnaf
Zul Akmar Jamaludin in Kisah Insan 9 hours ago

Yang penting usaha! Pemuda bisu jual ais krim guna nota khas

Seorang lelaki istimewa yang dilahirkan pekak dan bisu cekal mencari rezeki. Walaupun dengan kekurangan namun lelaki itu mengusahakan gerai jual ais krim pulut
Zuhayati Yazid in Kisah Insan 10 hours ago

Syabas Elfaeza Ul Haq! Bersama kempen IRM selamatkan Yaman!

Elfaeza Ul Haq telah mengambil inisiatif untuk melancarkan kempen Yemen: Save a Life Today With Elfaeza Ul Haq secara dalam talian untuk membantu penduduk Yaman
Editor KitaReporters in Kisah Insan 1 day ago