Insan & Komuniti 25 Oct, 2020

Disindir ibu bekas kekasih! Zikhri Taufik bangkit berjaya!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this

Sindiran pedas daripada ibu kepada bekas teman wanitanya beberapa tahun lalu memberi semangat berganda kepada seorang pemuda untuk membuktikan bidang perniagaan juga boleh ‘hidup’ dan mampu memberi kesenangan sekiranya dilakukan dengan penuh kerajinan dan ikhlas. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan perniagaan:

https://kitareporters.com/search?search=perniagaan


Itulah yang dilakukan seorang pemuda, Zikhri Taufik yang kini sedang mengusahakan perniagaan minuman popular dari Thailand. Malah pemuda berusia 22 tahun itu mengakui dia masih terdengar kata-kata tersebut. 

"Awak mampu ke sara anak makcik ni dengan “jual air je?"

Sindiran berkenaan merupakan tamparan hebat kepadanya untuk dia membuktikan walaupun tidak menggayakan baju pejabat, namun dia juga boleh 'hidup'.



Dengan azam yang kuat dan disiplin yang berterusan, Zikhri akhirnya mampu membuktikan kejayaan menjadi miliknya.

Malah hasil jualan air sebulan dia mampu meraih RM200,000 dan berjaya mencapai keuntungan sehingga RM25,000 sebulan.

Wow.. nilah namanya rezeki, kalau rajin semua jadikan!



Lebih membanggakan dia mampu membeli kereta idamannya hasil berniaga berkenaan.

Menerusi perkongsian dalam Instagram miliknya @Zikhri_taufik, anak kedua daripada tiga beradik itu memberitahu, di sebalik kejayaan yang dicapai hari ini, pelbagai cabaran dilalui malah semua itu memberikan pengalaman berharga dalam hidupnya.

Katanya, perjalanan untuk sampai ke hari ini dilalaui dengan penuh kesabaran dan semuanya itu dilakukan untuk kesenangan keluarganya.

Malah dia kini meletakkan keluarga adalah keutamaan.



Malah pengalaman ditipu scammer juga memberikan pengalaman berharga untuk lebih berhati-hati dalam berniaga. Namun semua itu tidak mematahkan semangat untuk terus berniaga.

Dia yang kini menjadi stokis minuman berkenaan mula bangkit dan menemui rentak dalam dunia perniagaan.

Terdahulu dia juga menyertai kelas pemasaran bagi memantapkan perniagaan.

“Semua itu saya lalui dengan sabar dan tabah demi kejayaan hari ini,” kongsi yang bangga dengan pencapaian dirinya dan membuktikan kepada sekeliling dengan menjual air pun boleh berjaya dan hidup senang.

Semoga kejayaan yang dilalui Zikhri itu memberi semangat kepada anak muda di luar sana.

Terbukti setiap pekerjaan yang dilakukan jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti berbaloi. Yakinlah setiap usaha pasti disusuli dengan kejayaan. 

Tahniah anak muda! - KitaReporters


13
0
0
0
0
You will be interested