Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Dua lelaki disyaki melakukan jenayah samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka 7 Eleven di Taman Setia Budi, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah akhirnya berjaya diberkas oleh polis.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Zaidy Che Hassan dalam sidang media pada Ahad, 3 Julai 2022 berkata kedua-dua lelaki yang mempunyai hubungan pertalian adik-beradik itu dipercayai terlibat jenayah samun pada jam 1.30 pagi 26 Jun 2022.
Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan kes samun
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Zaidy Che Hassan (tengah) menunjukkan pistol tiruan yang digunakan oleh suspek dalam kejadian samun bersenjata di sebuah kedai serbaneka 7 Eleven di Taman Setia Budi, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. - Kredit foto: FB PDRM (IPD Kuala Muda).
Menurut
beliau lagi, modus operandi (MO) suspek masuk ke dalam kedai tersebut dengan
memakai topi keledar dan berpura-pura berlagak seperti seorang pelanggan hendak
membeli barangan keperluan harian.
Lelaki tempatan
berusia 26 tahun itu kemudiannya terus beredar ke kaunter kononnya untuk
membuat pembayaran.
Semasa
mangsa mahu mengembalikan baki bayaran lelaki berkenaan, tiba-tiba suspek mengeluarkan
satu objek yang menyerupai sepucuk pistol terhadapnya; dan mengacukan ke arah
laci kaunter dan meminta kesemua jumlah wang kutipan jualan yang ada.
“Suspek minta
mangsa menyerahkan sejumlah wang di kaunter itu. Mangsa yang dalam keadaan ketakutan
terus menyerahkan keseluruhan wang hasil jualan yang ada sebanyak RM100 sebelum
suspek melarikan diri dengan sebuah motosikal,” katanya dalam satyu kenyataan media.
Bertindak
atas maklumat, pada 26 Jun 2022 sekitar jam 5.30 petang, polis dari Jabatan
Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuala Muda telah menyerbu satu lokasi
suspek berada di tepi sungai Pinang Tunggal.
Hasil serbuan polis berjaya menangkap dua orang lelaki berusia 26 dan 23 tahun dan hasil siasatan awal mendapati si abang adalah individu yang melakukan samun bersenjata di kedai 7 Eleven tempoh hari.
Sebuah motosikal Duke 200 warna oren/putih dipercayai dicuri suspek untuk tujuan menyamun sebuah kedai serbaneka di Taman Setia Budi, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. - Kredit foto: PDRM IPD Kuala Muda).
Ekoran itu,
pihak polis turut menemukan beberapa barangan seperti pouch bag warna biru
tidak berjenama, sepucuk pistol mainan warna hitam, satu batang Allenky,
sebatang spanar bersaiz 8, pemutar skru leper, playar pemotong wayar, jam
tangan G-Shock, tiga paket lut sinar dadah jenis syabu(seberat 2.62 gram),
sebuah helmet MS88 biru dan motosikal Duke 200 warna oren/putih.
Kedua-dua suspek kemudian ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.
Mereka juga didapati positif dadah metaphetamin dan kes akan disiasat di bawah akta seksyen 392 Kanun Keseksaan dan seksyen 36 Akta Senjata Api 1960. - KitaReporters
Rujukan:
FB Ibu
Pejabat Polis Daerah(IPD) Kuala Muda
https://www.facebook.com/search/top?q=ipd%20sungai%20petani%20kedah