DISANGKA koleksi barang kemas yang dihadiahkan oleh suaminya. - Kredit foto: Facebook Junariah Ab Rahman.
SIAPA tak seronok dapat hadiah? Mesti gembira lagi-lagi yang memberi itu adalah individu istimewa. Lebih menggembirakan jika hadiah yang diterima itu adalah keinginan yang didamkan selama ini mesti tersenyum sampai pagi kan!
Baru-baru ini tular kisah seorang isteri mendapat
kejutan daripada suaminya sendiri selepas menerima dua bekas baldu berwarna
merah yang disangkakan isteri koleksi barang kemas.
Namun bila diperhati rupanya pemberian berkenaan
bukanlah ketulan emas sebaliknya prank (gurauan) suaminya yang sengaja meletakkan ‘hadiah’
itu di dalam bekas baldu yang sering digunakan untuk meletak barang kemas.
Alamak tipah tertipu rupanya!
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan prank:
https://kitareporters.com/search?search=prank
CANTIK tersusun rapi.. rupanya kiub pati yang yang diberikan oleh suami .
Sebenarnya prank ‘ketulan emas’ itu adalah kiub pati ayam yang boleh jadi perencah dan menambah kesedapan hidangan di dapur.
Perkongsian lucu itu didedahkan oleh Junariah Ab Rahman menerusi hantaran Facebooknya pada 18 Februari 2021 lalu mewujud rasa lucu sehingga menjadi tular.
Kata Junariah, lagi dia awalnya rasa terkejut dengan pemberian suaminya di dalam kotak merah yang disangka barang kemas untuk digayakan.
“Terkejut si isteri pagi2 dapat kotak merah berisi gold bar😆😆😆bila suami faham benar dengan minat dan citarasa isterinya😅😅😅tq cik somi ...i lap you tau😂amboii..pandai noo, buat lawak kat cheq..,” kongsinya dalam akaun Facebook miliknya baru-baru ini.
Sekali pandang memang menyerupai ketulan emas, diletak pula di dalam kotak merah yang sering digunakan untuk meletak barangan kemas.
Namun akhirnya dia menyedari hadiah yang diterima bukan seperti yang disangka tapi tetap berterima kasih kepada suaminya.
BAHAGIA bersama suami dan anak-anak.
Perkongsian Junariah itu mendapat pelbagai reaksi positf rakan-rakan pengikut dalam media social berkenaan. Malah ada pengikutnya berkongsi pengalaman sama mendapat hadiah seperti yang dilalui kepada Junariah.
Semoga Junariah terus berbahagia dan hidup aman damai
di samping suaminya. Manalah tahu lepas ni dapat hadiah ketulan emas yang betul
pula! Amin!! - KitaReporters