Insan & Komuniti 24 Feb, 2021

Video| 10,000 pelitup muka untuk calon SPM, STPM di Kubang Pasu! Sumbangan Inapan Siswa UUM!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Halimaton Shaadiah Saad menyampaikan sumbangan kepada Mahadhir Ismail.


Inapan Siswa MAS/TNB (Malten) Universiti Utara Malaysia (UUM) mengagihkan 10,000 pelitup muka kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) di daerah Kubang Pasu, Kedah.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kebajikan Negeri Kedah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kayu Hitam, Halimaton Shaadiah Saad menyampaikan sumbangan itu kepada Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kubang Pasu, Mahadhir Ismail dan beberapa pengetua pada majlis ringkas di Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Inapan Siswa:

https://kitareporters.com/search?search=inapan+siswa


Tetamu yang hadir di majlis penyampaian pelitup muka di SMK Changlun.


Halimaton ketika ditemui berkata, usaha murni Inapan Siswa Malten UUM yang mencetuskan idea untuk membekalkan pelitup muka ketika pandemik COVID-19 harus diberi pujian

"Seluruh dunia dan negara alami COVID-19 ini dan kesannya turut dirasai pelajar-pelajar SPM dan STPM yang tertangguh peperiksaan mereka sejak 2020 tetapi usaha telah dijalankan dan akhirnya pada 22 Februari 2021 mereka mula menduduki peperiksaan ini," katanya ketika ditemui.


Halimaton Shaadiah Saad (kiri) pada majlis penyampaian pelitup muka kepada sekolah-sekolah di Kubang Pasu.



Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM Prof Madya Dr Hendrik Lamsali ketika ditemui berkata, pelajar-pelajar di kampus ini sentiasa digalakkan untuk menganjurkan program kepada komuniti setempat sebagai tanggungjawab sosial mereka.

"Kecemerlangan akademik dengan kerja-kerja kemasyarakatan dan jalinan hubungan dengan rakan strategik atau Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) memberi nilai tambah kepada mereka nanti," ujar beliau lagi.


Pengetua MRSM Kubang Pasu Abu Zaki Ahmad Affandi


Dalam pada itu beberapa pengetua sekolah yang ditemui ketika penghantaran pelitup muka kepada sekolah-sekolah berterima kasih kepada pihak UUM kerana sentiasa memberi sokongan dan bantuan dalam membantu meningkatkan mutu pendidikan didaerah ini.

Pengetua Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kubang Pasu Abu Zaki Ahmad Affandi berkata, sumbangan pelitup muka oleh UUM kepada 140 calon SPM maktab itu diharap akan memberi suntikan kepada pelajarnya untuk berusaha lebih baik dalam menjawab peperiksaan itu nanti.


Pengetua SMK Pulau Nyior Ku Azizan Ku Othman (dua dari kiri) menerima pelitup muka daripada Dekan HEP UUM Dr Massudi Mahmuddin


Manakala Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Nyior Ku Azizan Ku Othman berkata, sumbangan pelitup muka ini amat diperlukan bukan sahaja untuk pelajar SPM malah STPM juga.

"Bagi pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pelajar dan guru kami mengucapkan terima kasih atas sumbangan ini," katanya ketika menerima sumbangan pelitup muka daripada Dekan Hal Ehwal Pelajar Prof Madya Dr Massudi Mahmuddin.

Turut hadir pada majlis penyampaian sumbangan pelitup muka itu ialah Pengetua Inasis Malten Dr Rohani Abdullah dan Presiden Inasis Malten Muhammad Saniy Samsudin. - KitaReporters


Prof Madya Dr Hendrik Lamsali bersama Dr Rohani Abdullah menyiapkan pelitup muka untuk diagihkan kepada pelajar di daerah Kubang Pasu.

4
0
0
0
0
You will be interested