Insan & Komuniti 11 May, 2021

Tolong kami! Bantu Iszham! Doktor sahkan mungkin lumpuh selamanya! Rayu simpati dan sumbangan!

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Sejak mengalami kejadian jatuh semasa berada di rumah pada januari 2021, Mohamad Iszham Mohamad Ismail terbaring tanpa boleh bergerak sepenuhnya di atas katil di rumah ibunya di Kampung Bagan Buaya, Changkat, Nibong Tebal, Pulau Pinang. - Kredit foto: FB Cikgu Sham.


DISEBABKAN tidak lagi boleh bekerja akibat patah saraf tunjang kerana terjatuh sewaktu di rumah dan terpaksa terbaring di atas katil, seorang bekas pemandu syarikat penghantaran mengharap sumbangan bantuan orang ramai untuk membiayai perbelanjaan perubatan dan sara hidup hariannya.

Beliau yag kini tinggal di rumah ibunya memohon ihsan simpati kepada siapa sahaja yang sudi membantu kerana dia sudah tidak lagi bekerja sejak mengalami masalah tersebut. Manakala isterinya merupakan suri rumah tangga sepenuh masa.


Lagi cerita-cerita prihatin berkaitan Tolong Kami Bantu Kami

Sebelum mengalami patah saraf tunjang akibat terjatuh, Mohamad Iszham merupakan seorang yang ceria dan sentiasa gembira serta komitmen dalam bekerja (kiri) tetapi kini terlantar diatas katil kerana tidak mampu bergerak sepenuhnya.


Mohamad Iszham Mohamad Ismail, 25, terlantar di atas katil tanpa boleh bergerak sepenuhnya akibat kejadian yang berlaku di rumah sewanya di Taman Keramat Permai, Nibong Tebal, Pulau Pinang pada Januari 2021 lalu.

Pihak doktor yang merawatnya mengesahkan dia kemungkinan akan lumpuh selamanya tetapi bergantung kepada keadaan semasa.

Bagaimanapun setelah tidak lagi bekerja, beliau bersama isteri dan anak berumur 6 bulan terpaksa menumpang di rumah ibu kandungnya di Kampung Bagan Buaya, Changkat, Nibong Tebal

Malahan segala perbelanjaan perubatan, pampers (lampin pakai buang), susu serta belanja harian Iszham tiga beranak ditanggung sepenuhnya oleh ibu beliau yang bekerja sebagai pembantu kantin di Parit Buntar, Perak kerana dia tidak lagi mempunyai sumber pendapatan.


Cikgu Sham (kanan) bertanyakan sesuatu kepada Mohamad Iszham Mohamad semasa berkunjung ke rumah ibunya.


Seorang aktivis masyarakat yang dikenali sebagai Cikgu Sham melalui catatan dalam laman sosial FB-nya menulis, rasa sebak bila melihat keadaan Iszham yang tidak boleh bergerak sepenuhnya kecuali terbaring di atas katil akibat kejadian dialaminya. Lebih-lebih lagi dengan anaknya masih terlalu kecil.

Bekas pemandu syarikat perkhidmatan penghantaran J&T sebelum kejadian merupakan seorang pekerja yang rajin dan dedikasi, yang gigih mencari rezeki menyara keluarga.

"Akibat kejadian yang dialaminya, beliau tidak lagi boleh bekerja dan segala urusan belanja perubatan, pampers, susu malahan  perbelanjaan harian dia sekeluarga ditanggung oleh ibunya," katanya. 

Sehubungan ini, Cikgu Sham berharap sempena bulan Ramadan mulia ini dan Aidilfitri yang bakal tiba hanya beberapa hari sahaja lagi, semoga ada insan berhati mulia dapat membantu meringankan beban yang terpaksa ditanggung oleh Iszham sekeluarga

Malahan beliau melalui Pergerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan (SPS) menjalankan usaha menyelaras bantuan dan sumbangan orang ramai antaranya termasuk katil khas selepas Iszham pulang dari Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Selain katil khas, beliau juga menerima alat penyedut kahak dan kerusi roda dari Zakat Pulau Pinang (ZPP).

Malahan Cikgu Sham juga sedang berusaha untuk mendapatkan segera bantuan bulanan buat Iszham bagi membantu membiayai kehidupannya.


Mohamad Iszham Mohamad yang tidak boleh bergerak sepenuhnya dan terpaksa terlantar di atas katil.


Sempena Ramadan mulia dan penuh barakah ini, beliau memohon kepada semua terutama rakan-rakan FB dapat menghulurkan bantuan semampu mungkin membantu Iszham yang terpaksa menghadapi ujian besar dan berat dalam kehidupannya.

Anak perempuannya, Nur Arissa Irdina yang masih belum mengerti apa-apa  tidak mendapat belasan mesra dan kasih sayang daripada seorang ayah seperti anak-anak lain dan dia hanya mempu bermain-main di tepi katil di mana ayahnya terbaring.

Manakala isteri Iszham, Nur Izzati Mahamad sewaktu kejadian menimpa Iszham masih dalam tempoh berpantang.

Kepada sesiapa yang ingin membantu boleh menyumbang kepada akaun CIMB 7622180823 atas nama Nur Izzati Mahamad atau boleh menelefon 011-33616052.

Bantulah saudara sesama Islam yang memerlukan terutama pada Ramadan al-Mubarak banyak limpahan barakahnya. - KitaReporters


 

Isteri Mohamad Iszham, Nur Izzati Mahamad (dua dari kanan) menerima sumbangan orang ramai yang disampaikan oleh Cikgu Sham semasa berkunjung ke rumah ibu Mohamad Iszham di Kampung Bagan Buaya, Changkat.

0
0
0
0
0
You will be interested