Insan & Komuniti 19 Apr, 2021

Ibadat haji 1442H: Arab Saudi belum buat keputusan muktamad! Tentukan jenis vaksin untuk jemaah

@isa ramli
Penglibatan sebagai wartawan 23 tahun mulai 1984 dan bersara awal 2005 . Jawatan terakhir Penolong Kanan Ketua Penyunting Utusan Melayu di Syarikat Utusan Melayu (M) Berhad. Penyumbang beberapa majalah, media eletronik dan cetak.

Share this

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri mengadakan kunjungan hormat bertemu Timbalan Menteri Haji dan Umrah, Arab Saudi di pejabatnya di Riyadh, Arab Saudi sempena lawatan rasmi sepuluh hari ke negara itu. - Kredit foto: FB Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.


TIDAK adanya sistem pengawasan dan kawalan COVID-19 yang telus lagi teratur di sebahagian negara Islam antara punca keputusan pelaksanaan ibadah haji belum diumumkan sehingga hari ini.

Kerana syarat terpenting pada masa ini untuk pelaksanaan ibadah haji berkenaan adalah jenis vaksin yang akan digunakan untuk jemaah tersebut.

Dalam konteks ini, Kerajaan Arab Saudi masih belum membuat sebarang keputusan mengenai ibadah haji dan umrah musim 1442M/2021H ini, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Hal Ehwal Islam, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri


Dr Zulkifli turut disambut oleh ahli Persatuan Pelajar Malaysia di Riyadh semasa beliau melawat ke Universiti Imam Muhamad Ibn Saud Islamiah di Riyadh, Arab Saudi.


"Saya dimaklumkan mengenai isu tidak adanya sistem pengawasan dan kawalan yang telus lagi teratur mengenai COVID-19 di sebahagian negara Islam menyebabkan Arab Saudi sangat berhati-hati membuat apa-apa keputusan berkaitan pelaksanaan ibadah haji," jelasnya.

Beliau menyatakan perkara ini selepas mengadakan kunjungan hormat bertemu Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Abdel Fattah Mashat di pejabatnya di Riyadh, pada petang Ahad, 18 April 2021 sempena lawatan 10 hari ke negara itu.

Dr. Zulkifli menyatakan perkara ini melalui cacatan terkini beliau yang dimuat naik dalam laman sosial FB beliau kira-kira jam 8.00 malam waktu Malaysia Ahad, 18 April 2021. 

Bagaimanapun menurutnya, hasil pertemuan dengan Timbalan Menteri Haji dan Umrah berkenaan menunjukan sinar yang baik untuk Malaysia, insya-Allah.


Dr Zulkifli mengadakan perbincangan khususnya mengenai pelbagai perkara berkitan umrah dan haji dengan Dr Abdel Fattah Mashat di pejabatnya di Riyadh semasa mengadakan kunjungan hormat pada Ahad 18 April 2021.


Katanya, hasil perbincangan mengenai prosedur operasi standard (SOP) dengan pihak berwajib di Arab Saudi  bersama Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC), Lembaga Tabung Haji dan Persatuan Syarikat Pelancongan Bumiputra Malaysia (BUMITRA) berkaitan ibadah haji dan umrah akan disampaikan kepada perhatian Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Menurutnya, alhamdulillah Kerajaan Arab Saudi mengiktiraf displin jemaah haji Malaysia seperti mana tahun-tahun sebelumnya.


Sebagai menghargai lawatan ke Universiti Imam Muhamad Ibn Saud Islamiah, Dr. Zulkifli diberikan hadiah cenderahati kenangan oleh pihak pengurusan universiti berkenaan.


"Persediaan, komitmen dan kesiapsiagaan Kerajaan Malaysia untuk ibadah haji 1442 Hijrah amat dihargai Kerajaan Arab Saudi," katanya.

Malahan Dr Zulkifli sendiri mengambil ujian PCR pada Sabtu, 17 April 2021 sebagai mematuhi prosedur yang ditetapkan dan akan menjalani kuarintin sebaik tiba ditanah air.

Amanah besar ini, katanya telah dilaksanakan sedaya upaya sebaiknya bersama delegasi yang turut serta. Sama-sama doakan semoga Allah S.W.T permudahkan.

Dr Zulkifli dan rombongan pulang ke tanah air pada Isnin, 19 April 2021. - KitaReporters 


Dr Zulkifli (tengah) bersama pelajar Malaysia di Masjidil Nabawi, Madinah sebelum moreh.


Perbincangan antara Dr Zulkifli Mohamad bersama pihak pengurusan Universiti Imam Muhamad Ibn Saud semasa beliau berkunjung ke universiti berkenaan.


Barisan kepimpinan Persatuan Pelajar Malaysia di Riyadh (PPMR) diketuai Yang Dipertuanya, Nik Mohd. Ruiz Mustakim (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dr. Zulkifli Mohamad.

1
0
0
0
0
You will be interested