Insan & Komuniti 24 Aug, 2020

Tahniah Tomok! Akhirnya berjaya bergelar artis berijazah!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
WALAUPUN sudah bergelar artis popular, Tomok, 36, tetap mempunyai impian untuk menjadi artis berijazah. Selama 5 tahun dia terpaksa berulang ke Universiti Utara Malaysia (UUM)  dan menghadiri kuliah pengajian jarak jauh, Tomok akhirnya bakal menerima ijazah Sarjana Muda bidang IndustrI Kreatif. : KitaReporters 

Tomok mengabadikan kenangan bersama rakan-rakan yang berjaya menyelesaikan ijazah sarjana muda bidang industri kreatif.


Lagi cerita-cerita berkaitan penyanyi:

https://kitareporters.com/search?search=penyanyi


Menerusi satu entri dalam laman Instagram, penyanyi Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, telah berkongsi perjalanan selama lima tahun menyambung pengajian pada peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang industri kreatif dari UUM.

Tomok berfoto dengan Fattah Amin (kanan).  - Kredit foto: tomokofficial


Tomok kian hampir menggenggam segulung ijazah itu setelah selesai menduduki ujian bahasa Inggeris peringkat universiti iaitu Malaysian University English Test (MUET). Melalui entri dalam Instagramnya, Tomok mengaku berdebar-debar sebelum menghadapi ujian MUET, namun lega setelah menyelesaikannya.

Tomok bersama para pelajar yang menduduki ujian MUET bagi melengkapkan laluan mendapay ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif. - Kredit foto; tomokofficial

"Penuh debaran untuk kertas MUET hari ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Ini bermakna kami hampir memperoleh ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di UUM... pengajian menghampiri lima tahun bagai sekelip mata berlalu," tulisnya.

Penyanyi ini mendedahkan dia hampir putus asa ketika dua semester awal pengajiannya. Namun dia dapat meneruskan pengajian dengan bantuan dan sokongan rakan seperjuangan serta rakan-rakan satu jurusan.

Tomok mengabadikan kenangan di hadapan Pusat Ujian MPM Test Centre. - Kredit foto: tomokofficial

Antara rakan artis yang turut mengikuti kursus yang sama bersamanya ialah Fattah Amin dan Zahid Baharudin.

Tomok akan menggunakan ijazah yang diperolehi untuk membaiki kerjayanya sebagai artis dan juga ahli perniagaan. Dia turut memuat naik beberapa foto kenangan bersama kawan-kawan ketika menjalani ujian MUET pada Sabtu, 22 Ogos 2020 lalu.

Antara rakan sekuliah Tomok. - Kredit foto: tomokofficial


Ikutilah sepenuhnya tulisan Tomok dalam Instagramnya tomokofficial:

“Penuh debaran untuk paper MUET hari ini.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. ini bermakna kami menghampiri untuk memperoleh ijazah sarjana muda pengurusan industri kreatif di UUM.. pengajian menghampiri lima tahun bagai sekelip mata berlalu. 

"Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang pernah memberikan ilmu untuk kami semua. Terima kasih pada kawan-kawan class BCIM yang selalu berikan sokongan kat aku.. walaupun sebenarnya aku nak give up masa sem 2 lagi. 

"Terima kasih pada group ANUGERAH DEKAN untuk assigment yang sama-sama kita berjaya tempohi @pasha562 @azlanalbukhary @zalekha_mwakil dan @ammarhabir. Terima kasih @idzwan1877 dan Dato' Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak atas segala tunjuk ajar selama ini. 

"Terima kasih buat isteri dan anak-anak yang memahami ayah..i nsya-Allah ayah lakukan yang terbaik buat kita sekeluarga.yang paling penting.. terima kasih ALLAH untuk segalanya.. aku bersyukur YA ALLAH untuk segala nikmat yang diberikan. 

"Semoga aku dapat jadi seorang insan yang lebih baik di masa yang akan datang..amin. #sedartaksedar #UUM" - KitaReporters

1
1
0
0
0
You will be interested