Insan & Komuniti 25 May, 2020

Kahwin masa PKPB! Hantaran penutup mulut, cecair sanitizer!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi.

Share this

Pasangan warga emas Yaacob dan Saudah yang masing-masing mempunyai 31 cucu dan 11 cucu selamat diijabkabulkan oleh Imam Satu Masjid Mukim Padang Bongor di Kota Bharu, Kelantan di rumah pengantin perempuan pada hari raya kedua, Isnin 25 Mei 2020. : KitaReporters 

Pasangan warga emas Yaacob Hassan dan Saudah Yaaacob masing-masing yang mempunyai 31 cucu dan 11 cucu selamat diijabkabulkan.


Yaacob Hassan yang berusia 77 tahun berkahwin dengan pasangannya Saudah Yaacob, yang berumur 64 tahun di Kampung Desa Taqwa, Jalan Pengkalan Chepa.

Ini perkahwinan kali kedua kepada datuk yang mempunyai sepuluh orang anak, 31 cucu dan dua cicit ini yang memilih adik iparnya, Saudah Yaacob yang mempunyai empat orang anak dan 11 cucu.

Majlis ringkas tetapi amat bermakna ini disaksikan oleh keluarga terdekat termasuk enam orang iaitu seorang jurunikah, dua saksi, pengantin lelaki, pengantin perempuan dan seorang wali seperti yang diarahkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri Kelantan.

Yaacob merenjis cecair pembasmi kuman ketangan isterinya Saudah.


Cucunya Nur Azwaadiey Rosli 25, membantu datuknya mengisi borang perkahwinan secara online.


 Menurut cucu ketujuhnya Nur Azwaadiey Rosli, 25, keputusan untuk mendirikan rumah tangga datuknya ini diambil setelah kematian isteri enam bulan lalu.

"Kami sekeluarga berpendapat lebih baik datuk berkahwin memandangkan dia juga mempunyai masalah kesihatan iaitu kanser Limfoma atau lebih dikenali sebagai kanser darah bermula dari sel sistem imun dipanggil 'lymphocytes',’ katanya ketika dihubungi.

Penyakit ini berlaku apabila 'lymphocytes' berada dalam keadaan pertumbuhan sel yang tidak terkawal dan berganda.

Kesan daripadanya individu terbabit akan mengalami bengkak pada nodus limfa di leher, bawah lengan dan perut. 

Tetapi kini tahap kesihatan datuknya telah sembuh setelah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam kali.

Cecair pembasmi kuman  antara hantaran pada majlis pernikahan itu.


Yaacob kini kuat dan terus melakukan kerja rumah dan bercucuk tanam dikawasan kebun berhampiran rumahnya.

‘Kami sekeluarga mengambil keputusan memberi semangat dan sokongan kepada mereka termasuk menyediakan hantaran perkahwinan istimewa iaitu penutup mulut dan hidung, sertta cecair pembasmi kuman (sanitizer)," sambung cucu keduanya itu Nur Azwaadiey.

Moga jodoh kedua-dua pasangan ini yang masing-masing mempunyai anak, cucu dan cicit akan dipermudahkan Allah. - KitaReporters

Ahli keluarga menyiapkan hantaran untuk majlis akad nikah.

 

 

1
2
0
2
0
You will be interested